Love Elsa (2021)

Love Elsa (2021)

Siri 24 episod ini mengisahkan mengenai Ammara, seorang pekerja di kedai bunga Petals2u.

Ammara mempunyai kelebihan luarbiasa iaitu beliau boleh mengimbau masa silam seseorang itu sekiranya kulit mereka bersentuhan. Namun, kebolehan ini memberi kesan yang negatif kepada Ammara kerana ia akan menyebabkan beliau pitam.

Ammara terpaksa selalu memakai sarung tangan untuk melindungi diri daripada kesan kebolehannya itu.
Disebabkan ini, ayah Ammara telah menempatkan beliau di dalam banglo yang menghadkan pergaulannya dengan orang luar.

Tindakan ayahnya menyebabkan Ammara kesepian dan hidup dalam kemurungan lebih-lebih lagi apabila ayahnya membuat keputusan untuk berkahwin lagi setelah kematian ibunya. Ini juga mendorong Ammara untuk enggan menerima bantuan kewangan dari ayahnya dan lebih rela mencari nafkah sendiri.

Ridza Kim yang lumpuh di kaki kanannya dipanggil pulang kembali ke Malaysia setelah bertahun menetap di London oleh Qistina, penjaga syarikat milik arwah ayahnya setelah ia didapati mengalami kerugian akibat penyelewengan.

Ridza mengambil jawatan akauntan di syarikat sendiri untuk menjalankan penyiasatannya namun menghadapi pembulian oleh rakan-rakan sepejabatnya.

Satu hari, disebabkan rindu kepada ibunya, Ridza pergi membeli bunga teluki di Petals2u di mana akibat mereka bersentuhan tangan, Ammara melihat mayat ayah Ridza tergantung semasa beliau masih kanak-kanak.

Trivia:
Lagu Tema Ika Noh nyanyian Marsha Milan Londoh ialah lagu dalam bahasa Dusun yang bermaksud Memang Kamu.

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top