Lupin – First (2019)

Lupin (2019)

Tengok siri TV Lupin, tertarik pula untuk menonton filem berdasarkan watak yang menjadi inspirasi kepada Assane Diop.

Filem ini bermula di Perancis semasa pendudukan tentera Nazi di mana seorang professor kaji purba, Bresson mengurniakan diari yang dipasang dengan jerangkap samar serta kunci azimat untuk membukanya kepada anaknya dan keluarga. Diari ini mengandungi peta serta maklumat mengenai rahsia penting bernama The Eclipse.

Pihak Nazi yang tiba di kediaman Bresson sejurus setelah anaknya meninggalkan tempat tersebut menembak Bresson mati. Mereka kemudian mengejar anak Bresson menyebabkan satu kemalangan kereta di mana hanya bayi perempuan anak Bresson terselamat.

Ketua kumpulan itu, Professor Lambert menjumpai kunci azimat itu tetapi diari Bresson hilang dalam kejar-mengejar itu.


1960an:

Lupin III cuba untuk mencuri diari Bresson dari sebuah pameran yang diadakan untuk memperingati beliau setelah datuknya, Lupin I gagal berkali-kali tetapi digagalkan oleh seorang gadis pelajar kaji purba, Laeticia sebelum dicuri oleh Fujiko, saingan Lupin yang bekerja untuk Professor Lambert.

Setelah berjaya menjejak Laeticia, dia membawa Lupin ke tempat persembunyian Professor Lambert di mana mereka berjaya mencuri semula diari tersebut dan dengan menggunakan kunci azimat, berjaya membuka diari Bresson.

Mereka mendapati bahawa The Eclipse ialah penjana kuasa yang ditinggalkan oleh tamadun tinggi purba yang terletak di runtuhan peninggalan Teotihuacan di Lembah Mexico.


Filem-filem siri Lupin ini memang penuh aksi dan adventure macam kombinasi Tintin dan Indiana Jones so sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top