Maggie (2015)

Maggie (2015)

Untuk melengkapkan trilogi ulasan filem-filem Arnold (Suaram? Suhakam? Shazam? Sawadeekap?), mari kita lihat satu lagi filem genre drama beliau.

Filem ini berlaku semasa kawasan Amerika Barat Tengah dilanda wabak virus Necroambulism yang tidak terkawal. Virus ini berjangkit melalui darah atau air liur dan menyebabkan penghidapnya dalam beberapa minggu berubah menjadi liar dan haiwan maging.

Seorang petani, Wade Vogel sedang nekad memandu di bandar berhampiran ladangnya mencari anak perempuannya, Maggie walaupun bandar tersebut telah diletak di bawah perintah berkurung.
Setelah dua minggu, Wade menemui Maggie di hospital khas untuk mereka yang terjangkit.

Walaupun doktor melarangkan, Wade berkeras hati untuk membawa Maggie pulang untuk menjaganya.

Sekembali di rumah, Wade dan isterinya, Caroline memutuskan untuk menghantar kedua-dua anak mereka yang lain, Bobby dan Molly untuk tinggal bersama kakak Caroline agar mereka tidak dijangkiti Maggie.

Seorang doktor datang melawat keluarga Wade untuk melihat keadaan Maggie. Dia berterus terang kepada Wade yang Maggie tidak boleh diselamatkan lagi.

Dia memberi Wade picagari yang diisi racun kerana sekiranya Maggie dimasukkan dalam kuarantin, dia akan dilayan sama seperti binatang terkurung tetapi Wade menolak dengan marah.
Beberapa hari kemudian, Maggie menyerang dan membunuh seekor musang lalu mula memakannya hidup-hidup.

Caroline yang sedih melihat anaknya dalam keadaan itu meninggalkan suami dan anaknya untuk tinggal bersama kakaknya kerana tidak sanggup melihat penderitaan Maggie.

Wade yang masih mengharap Maggie dapat melawan kemaraan penyakit itu berkelahi dengan seorang sherif dan pembantunya apabila mereka datang untuk membawa Maggie ke pusat kuarantin.
Dapatkah Wade menerima hakikat pedih mengenai nasib Maggie?

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top