Malevolent (2018)

Malevolent (2018)

Mengisahkan mengenai sepasang adik-beradik, Angela dan Jackson Sayers yang menjalankan aktiviti scammer bersama teman wanita Jackson, Beth dan Elliot menipu mereka yang mudah percaya bahawa kumpulan mereka boleh menghalau hantu.

Ini kerana ibu Angela serta Jackson pernah mengukir nama sebagai penghalau hantu terkemuka sehinggalah dia membunuh diri pada satu hari dengan mengorek keluar kedua-dua matanya.

Pada suatu hari, seorang wanita menelefon Angela dan memperkenalkan dirinya sebagai Puan Greene. Dia mendakwa mendengar suara beberapa kanak-kanak perempuan menjerit setiap malam dalam rumahnya dan mahu kumpulan Angela menghalau roh-roh mereka dari rumahnya.

Angela menolak permintaan Puan Greene kerana mendapat firasat buruk mengenai kes itu. Lagipun, dia mula mengesyaki bahawa dia juga mungkin mempunyai kebolehan yang sama seperti ibunya memandangkan dia sering melihat bayangan-bayangan sekilas pandang yang menyebabkan hidungnya berdarah.

Siasatan lanjutnya mendedahkan bahawa Puan Greene pernah menjadikan kediamannya sebagai rumah anak-anak yatim untuk kanak-kanak perempuan 15 tahun lalu sebelum pihak polis menemui mayat kesemua kanak-kanak di bawah jagaannya dengan mulut mereka dijahit.

Anak Puan Greene, Herman telah menjadi orang yang disyaki dalam pembunuhan ngeri itu.
Abangnya yang berhutang dengan peminjam wang haram menelefon Puan Greene dan menerima permintaannya.

Sedang kumpulan mereka sedang menjalankan rakaman di rumah agam Puan Greene, Angela mula melihat roh mangsa-mangsa pembunuhan itu.
Adakah mereka sedang cuba menakutkan Angela dari menghalang mereka menghantui Puan Greene?

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top