Mama (2013)

Mama (2013)

Setelah mengalami kerugian besar semasa krisis kewangan 2008, Jeffrey Desange, seorang broker saham membunuh kesemua rakan sejawatnya sebelum pergi ke rumah bekas isterinya untuk menembaknya mati.

Dia menculik anak-anak perempuannya, Lily, 1 tahun serta Victoria, 3 tahun dengan niat untuk membunuh mereka.
Semasa memandu laju di atas jalanraya licin bersalji, Jeffrey hilang kawalan keretanya menyebabkan ia tergelincir dari tebing curam sebuah bukit sebelum menjunam masuk ke dalam kawasan hutan.

Dalam kemalangan tersebut, kaca mata Victoria yang rabun dekat patah dan pecah.
Walaupun mereka mengalami kecederaan, Jeffrey membawa anak-anaknya ke sebuah kabin berhampiran yang tidak berpenghuni.

Di situ, dia mengacukan pistolnya ke arah Victoria tetapi tiba-tiba diserang dan dibunuh oleh satu lembaga hitam.
Lima tahun kemudian, kembar Jeffrey, Lucas dan satu pasukan pencari akhirnya menemui kabin tersebut.

Dia terkejut melihat Lily dan Victoria hidup dalam keadaan kotor dan merangkak seperti binatang. Malah, mereka juga mendesis-desis seperti binatang.
Lucas hairan dan tertanya-tanya bagaimana anak-anak buahnya hidup bertahan selama itu?

Lucas menempatkan Lily dan Victoria di sebuah klinik kebajikan yang dikendalikan oleh Doktor Gerald Dreyfuss.

Pada mulanya, anak-anak buahnya menjauhkan diri dari Lucas kerana diasingkan bersendirian tetapi Victoria mula mesra terhadapnya setelah dia menghadiahkan sepasang kaca mata.
Doktor Gerald yang mengikuti perkembangan mental dan sosial Lily dan Victoria mendapati Lily tidak dapat meninggalkan sifat serta perangai primitifnya sementara Victoria sering bercerita mengenai seorang yang bernama Mama.

Kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top