Mara (2018)

Mara (2018)

Saya fikir kita semua pernah merasa kaku seluruh badan atau sleep paralysis semasa kita cuba bangun dari tidur sewaktu kecil atau dewasa.

Filem ini cuba mengaitkan cerita rakyat Scandinavia mengenai Mareritt yang merupakan perkataan untuk mimpi ngeri dan melibatkan seorang hantu perempuan yang akan datang dan duduk di atas dada mangsa semasa mereka tidur.

Kate Fuller, seorang doktor jiwa jenayah dipanggil pihak polis untuk membantu menyiasat kematian suami Helena Wynsfield setelah mayat beliau ditemui dalam keadaan mengerikan.
Setelah menemuramah Helena dan Sophie, anak perempuan Helena, Kate mengesyorkan Helena diwadkan di hospital sakit jiwa.

Bermula dari itu, Kate mula mengalami sleep paralysis di mana beliau melihat lembaga berjalan di ruang tamu tempat tinggalnya.

Kate pergi berjumpa dengan Helena di hospital di mana dia memberitahu dia dan suaminya telah berkenalan dengan Dougie yang merupakan ahli kumpulan sokongan untuk mereka yang mengalami sleep paralysis.

Tidak lama selepas Kate terlihat Mara semasa beliau sleep paralysis, dia pergi ke hospital sakit jiwa untuk menukar keputusan awalnya dan membebaskan Helena dari tempat tersebut tetapi terkejut melihat mayat Helena dalam keadaan yang sama seperti suaminya.

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top