Meander 2020

Mander (2020)

Pada satu malam, di suatu jalan terpencil, Lisa seorang ibu yang masih berduka kerana baru kematian anaknya duduk memikirkan untuk mengakhiri nyawanya.


Tetapi belum sempat dia meneruskan hasratnya itu, seorang pemandu trak bernama Adam berhenti dan bertanya samada Lisa mahu dihantar ke mana-mana.

Pada mulanya, Lisa menolak tetapi kemudian menukarkan fikirannya. Adam memberitahu dia merupakan seorang pengawal keselamatan syif malam.
Sedang mereka berbual-bual, radio kereta menyiarkan berita mengenai pihak polis yang sedang memburu seorang pembunuh bersiri.

Apabila siaran itu memberi gambaran mengenai tangan pembunuh itu yang mempunyai tatu salib, Lisa mendapati Adam mempunyai tatu yang sama.
Adam membrek trak dengan tiba-tiba menyebabkan Lisa tersentak kuat ke hadapan dan menghantuk kepalanya sehingga dia pengsan.

Apabila dia sedar, Lisa mendapati dia berada di dalam satu ruang sempit sambil memakai pakaian ganjil dan gelang yang berfungsi sebagai lampu suluh dan pengira masa.
Satu pintu terbuka dan apabila Lisa merangkak keluar, beliau mendapati bahawa dia berada di dalam satu siri terowong bercabang yang sempit.

Lisa mendapati dia perlu bijak memilih cabang terowong seterusnya untuk dimasuki kerana cabang yang salah dilengkapkan dengan perangkap seperti semburan asid atau api. Terowong tersebut merupakan satu perangkap teka-teki gergasi kerana bukan sahaja ia dipenuhi kawat berduri, pintunya juga dapat memotong anggota badan dengan mudah.

Lisa mendapati pengira masa di gelangnya memberi amaran setiap kali perangkap akan diaktifkan memaksa dia perlu sentiasa mara menerusi terowong tersebut.
Untuk merumitkan keadaan, Adam juga terperangkap di cabang terowong yang sama bersamanya.

Sesuai untuk mereka yang meminati siri filem Saw atau Cube.

kredit: munyawayang

Ps: apa komen korang dengan movie ni gaissss???

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top