MEGAN IS MISSING (2011)

Ia merupakan “camera screen movie” yang pertama dihasilkan. Ala-ala found footage juga. Bukan based from true story, tapi pengarahnya Michael Goi menghasilkannya sebagai satu peringatan dengan kes kehilangan gadis-gadis muda angkara dari perhubungan dalam talian. Filem ni disturbing ye, kerana tu ia pernah di ban di New Zealand. Selain dari ‘curse word’ yang cukup melimpah dalam ni, ada juga aksi XX dan gambar seksaan yang brutal terhadap mangsa. Ok, jom baca ulasannya….

Megan dan Amy, high school girls berumur 14 tahun – walaupun berkawan baik, tetapi mereka berbeza personaliti. Megan, “party girl” disenangi ramai dan popular. Berbeza dengan Amy, seorang yang manis dan pemalu, boleh dikatakan “daddy daughter” jugalah. Mereka gemar merakam, buat konten dan upload dalam media sosial.

Hubungan Megan dengan ibunya dingin. Pada usianya 9 tahun Megan membuat laporan polis apabila dia dicabul bapa tirinya. Bapa tirinya dipenjarakan, ibunya menyalahkan Megan. Jadinya, dalam 30 minit terawal, filem ni dok cerita pasal kehidupan budak berdua dan kawan sekolah mereka…pergi party, minum-minum, berkapel-kapel dan ambil dadah…

Kisah ini bermula apabila Megan berkenalan dengan seorang remaja, kononnya berusia 17 tahun di dalam talian bernama Josh. Dalam video chat, mereka berbual, tetapi lelaki itu menutup wajahnya dengan alasan kameranya rosak. Mereka kemudiannya merancang untuk bertemu di sebuah party. Tapi tak jumpa, sebab Josh tak muncul. Keesokan harinya, Josh buat video call, minta maaf dengan Megan dengan beri alasan dia malu bila lihat Megan terlalu cantik dan popular….ye lah, ayat scammer 🤮, Megan pun cair.

Kali ketiga mereka buat video call, Amy ada bersama. Megan beritahu nak jumpa Josh di belakang sebuah restoran, pukul 7.30 malam. Selepas itu, Megan tidak dapat dihubungi. Amy ada menghubungi Josh, bertanyakan tentang Megan, tetapi Josh mengaku yang Megan tidak muncul di restoran seperti yang dirancang. Josh mula nak mengurat Amy, tetapi bila Amy tak melayan, dia memaki hamun. Amy membuat laporan polis kerana dia yakin kehilangan Megan ada kaitan dengan Josh.

3 minggu berlalu sejak Megan hilang…Amy pula dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas bersiar-siar di taman. Beberapa hari kemudian, pihak polis menemui dashcam milik Amy di dalam tong sampah di taman itu. Ada rakaman berdurasi 22 minit didalamnya yang diambil oleh seseorang dan ianya sangat memeranjatkan!.

Walaupun filem ni dah berusia 12 tahun, tetapi jalan ceritanya masih relevan. Peringatan untuk gadis mentah, hati-hati upload konten di media sosial. Dalam diam ada stalker dok menghendap, merancang benda tak baik. Sibuk sangat nak cari “cool guy”, last diri sendiri yang kejung kaku. Take note ye dik, makcik ingatkan. Sebab tu genre begini jadi pilihan makcik sebab ada pengajaran di dalamnya.

Babai 👋
#makcikreview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top