Memories of Murder (2003)

Memories of Murder (2003)

Memories of Murder arahan Bong Joon-ho. Filem berdasarkan kisah benar tentang pembunuhan bersiri yang pertama berlaku di Korea. Filem ini banyak menerima anugerah dan dikelaskan antara filem terbaik abad-21.

Ketika filem ini ditayangkan pada tahun 2003, kes pembunuhan bersiri ini belum selesai. Ia baru sahaja selesai pada tahun 2019.
Pembunuhan itu berlaku pada tahun 1989 – 1991 di Hwaseong. Pembunuhnya, Lee Choon-jae baru dikenalpasti selepas hampir 30 tahun pembunuhan bersiri itu. Pada tahun 2019, Choon-jae telah berumur 56 tahun. Sekarang ini dia masih di dalam penjara dan telah membunuh 15 orang.

Mengikut laporan media CNN, Choon-jae sebenarnya tidak menjangka pihak berkuasa lambat menangkapnya. Dia tidak berusaha sangat pun untuk sembunyikan bukti. Salah satunya, setelah membunuh mangsa, dia tidak sembunyikan pun mangsa.

Malah, ketika polis melakukan siasatan di tempat kejadian, dia berada di sekitar situ bersama orang lain. Ketika disoal siasat, dia siap memakai jam tangan mangsa, tetapi waktu itu dia terlupa bawa kad identiti (I/C), terus polis bebaskan.

Sewaktu siasatan berlangsung, setiap kali polis terserempak dengan Choon-jae, polis selalu tanya pasal orang di sekelilingnya, tidak tanya pun pasal kemungkinan keterlibatannya dalam pembunuhan tersebut.

Kes ini selesai pun sebab Choon-jae sendiri mengaku sendiri kesalahannya. Polis pun tersilap tangkap orang. Orang itu pun dipenjarakan hingga 20 tahun di atas kesalahan yang dia tidak buat.

Trivia menarik tentang penyiasatan ini:

  1. Seramai 21,000 individu menjadi suspek.
  2. Sekitar 40,000 cap jari diambil.
  3. 570 DNA & 180 rambut dianalisis.
  4. Kes ini tidak selesai lebih 30 tahun (2019 baru selesai).
  5. Kes ini setanding dengan kes Zodiac di U.S (belum selesai).

Kredit Petriot 2.0

Ps: Perh power gais dia punya permainan, ada yang suka movie bersejarah macam ni gaiss???
😧😧😧

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top