MENCARI RAHMAT (2021)

MENCARI RAHMAT (2017)

Menganjing drama pukul 7

Ingat tak korang dengan program tv parodi Meletop yang selalu dilakonkan oleh Bell & Jihan bagaimana dieorang menganjing pasal drama melayu atau telenovela?


Bayangkan pula kali ini kita mampu tonton versi “menganjing drama melayu” yang berdurasi hampir 2jam, penuh dengan lawak level haram jadah hingga mampu membuatkan korang memaki hamun sampai kesudah.. hingga kita mampu menyebut Babi lah! hahahah! ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

Mencari Rahmat cuba ketengahkan plot yang simple mengenai misteri kewujudan manusia yang bernama RAHMAT, hingga mampu menghuru-harakan kehidupan dua keluarga melayu yang kaya nak mampus dengan pendapatan setahun iaitu sebanyak 250juta? Kau hado? ๐Ÿ˜…
Jadi apakah misteri Rahmat sebenarnya?

Kenapa aku anggap filem ini seperti parodi terhadap drama melayu? Jom baca santai2.. ๐Ÿ˜…โœŒ๏ธ

TELENOVELA

Aku tertarik dengan konsep “bahasa baku” yang cuba diketengahkan oleh penulis dikeseluruhan movie ini.
Dan apa yang menariknya, faktor tersebut berjaya mengimbas memori aku satu ketika dahulu apabila menonton drama telenovela Mexico atau filipino yang telah di alih suara ke bahasa melayu.

Walaupun setiap scene telah diolah dengan lakonan hebat oleh setiap pelakon hingga kelihatan sangat serius, ianya tetap mencuit hati aku untuk tergelak.. semata2 kerana tonasi bahasa baku yang mereka sebutkan.. maaf kalau aku rasa lawak..

tapi itulah realitinya.. ๐Ÿ˜…

BIJAK

Walaupun movie ini cuba menganjing plot2 drama melayu yang sedia ada,
tentang darjat, pangkat, konflik keluarga serta cinta, tetapi penulis bijak ketengahkan dialog yang cukup bernas dan menghiburkan.

Seperti contoh :

“Walaupun lelaki suka menipu, tetapi apabila mereka berbicara tentang kesediaan untuk berkorban demi cinta, ternyata mereka jauh lebih hebat dari kita kaum wanita.”
Banyak istilah sindiran dialog2 seperti ini cuba diketengahkan, hingga mampu membuatkan penonton lelaki atau wanita terkesan dengan diri mereka. Senang cerita boleh terasa hati la jugak hahah! ๐Ÿ˜‚

TEKNIKAL

Dipermulaan 20minit movie ini, director berjaya mengolah naratif setiap scene one take kelihatan sangat kemas tanpa cacat cela terutama ketika kemunculan Eric Fuzi di setiap scene dialog antara Namron & Amerul.

Respect pada team production yang mampu sekatakan pencahayaan setiap scene dengan cukup baik. Kerana bagi aku untuk shot scene one take perlu menjaga cahaya dengan betul tanpa terdedah dihadapan kamera.

Begitu juga konsep animasi simple yang menjadi naratif utama plot film ini, cukup menarik dan tidak terlalu beria. Aku tetarik bila director bijak meletakkan animasi tersebut dibahagian yang tepat, membuatkan tontonan kita lebih berkait dengan movie ini. Salute pada semua! ๐Ÿ”ฅ

LAKONAN

Menonton movie ini ibarat melayani perasaan kita yang sedang berada di dalam teater, kerana konsep one take setiap scene yang diketengahkan.
Dibantu pula dengan lakonan hebat yang bersahaja dari setiap pelakon.
Ada beberapa scene yang kelihatan tidak mengikut skript seperti contoh,
bila Amerul ingin memanggil Rose tapi tersebut Ratna.

Bila Namron & Sharifah tergagap2 menjawab pertanyaan Adibah.
Adakah semua itu lakonan spontan atau disengajakan? ๐Ÿ˜…
Tapi apa yang menariknya scene2 tersebut cukup menghiburkan bagi aku.

KESIMPULAN

Aku tak pandai untuk huraikan movie ini dengan istilah kata2 seni yang berat, cukup sekadar tontonan kasar aku sebagai penonton biasa yang menganggap movie ini seperti cuba menganjing terhadap drama2 melayu yang sedia ada, terutama drama pukul 7. Hahah!

Tapi menganjing dengan dialog2 bijak serta diisi dengan pelbagai kritik sosial yang berlaku di Malaysia ini.

Jadi jika inginkan movie komedi yang memiliki isi membina minda kita, ini adalah pilihan yang paling tepat.

Maaf lah kalau ada yang tidak sependapat, ini realiti yang aku rasa.. peace! ๐Ÿ˜…โœŒ๏ธ
Selamat menonton! Ada di Mubi.. boleh subsribe RM9.90 je..

Personal rate : 8.5/10

IMDb : 7.8/10

P/s: aku rasa kalau movie nie dapat budget 90milion Usd, mesti director shot ala2 zaman 80an macam One Upon A Time In Hollywood.. haha sure gempak!

Namron memang lejen kan gaisss??? apa pendapat korang gaisss???

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top