Nasib malang negara Poland menjadi tuan rumah pembukaan rasmi Perang Dunia Kedua setelah diserang dari dua arah oleh pasukan Jerman dan Soviet.Sejarah juga mencatatkan negara Poland paling hancur dan hampir hilang dalam peta dunia.
Warsaw 44 adalah salah satu filem yang mengajak kita untuk melihat disebalik sebuah kejayaan perang kita juga dapat merasai penderitaan manusia paling mendalam.Bgaimana perang sangat bruta* berlangsung,bagaimana keputusan dilakukan,bagaimana menggambarkan kekalahan dan bagaimana manusia menghadapi kenyataan.
Mengisahkan pasangan kekasih berusia sangat muda bernama Stefan dan Biedronka bersama rakan-rakannya ikut berjuang demi membebaskan Poland kerana ketika itu kuasa penjajah Jerman mulai lemah.
Perlawanan luar biasa ini dimulakan dengan harapan pihak Sekutu atau Soviet datang menolong untuk membebaskan Poland namun kenyataan pahitnya rakyat Poland bersendirian melawan pasukan penjajah Jerman yang serba lengkap dan hebat.
Perlawanan rakyat Poland yang serba kekurangan selama 63hari dapat dipatahkan oleh pasukan penjajah Jerman dan nasib buruk menimpa rakyat Poland setelah dibantai pasukan Jerman sehingga hancur kota Warsaw.Dapatkah pasangan muda ini terselamat?
Peringatan bukan tontonan umum dan part akhir boleh jadi murung.
Kredit: Kerul Kerul
Be the first to leave a review.