Rasanya kisah filem ini dah viral di facebook. Ramai yang dah kongsikan sedikit sebanyak tentang sinopsis filem Mimi. Masa mula saya tonton filem ini saya tertanya juga Mimi ni apa sebenarnya. Rupanya nama seorang gadis watak utama iaitu Mimi.
Terror jugakla penulis skrip filem ini, letak nama filem pendek dan catchy! Takdelah pulak This is Mimi. What Happen to Mimi. Hahahahah.
Jalan cerita sebenarnya agak berat tapi tampil ringan bila dilakonkan dengan jayanya oleh pelakon-pelakon yang dapat menjiwai watak dengan cara bersahaja. Antaranya seperti Pankaj Tripathi, Sai Tamhankar, Supriya Pathak and Manoj Pahwa.
Pemahaman jalan cerita sangat mudah, tiada belit-belit, biarpun ada konflik tapi kita faham apa yang sedang berlaku. Tak adalah ehh tiber-tiber ada plot twist pulek.
Mengisahkan seorang perempuan muda yang berjiwa besar dan bercita-cita untuk menjadi artis bollywood yang terkenal suatu hari nanti. Seperti remaja lain, Mimi juga mempunyai minat dengan pelakon-pelakon hebat yang digemarinya.
Dan sering berangan satu hari beliau juga boleh berjaya di atas pentas lakonan atas bakatnya sendiri. Pada masa yang sama Mimi juga seorang penari dan juga mempunyai personaliti yang cukup ceria serta disenangi ramai orang.
Cumanya, kehidupan Mimi bersama keluarga sangat sederhana. Tidaklah terlalu susah. Apa yang yang suka tentang filem ini, ianya mengangkat berat tentang pentingnya ada keluarga dan rakan-rakan yang baik disekeliling kita.
Biarpun dalam hidup bermasyarakat pastinya ada jiran yang suka menjaga tepi kain orang, penyibuk tetapi apabila adanya keluarga di sisi kita menjadi lebih bersemangat dan bersedia menghadapi apa jua rintangan yang datang.
Untuk berjaya di Bollywood, Mimi perlukan banyak duit sebagai pelaburan. Di saat itu memang masalah kewangan adalah kekangan. Hidup Mimi berubah bila jumpa dengan pasangan Summer dan John. Bhanu pemandu untuk pasangan mat saleh ini sebenarnya yang memperkenalkan pasangan mat salih ini kepada Mimi. Kesnya Summer dan John memang mencari wanita muda di India untuk menjadikan mereka ibu tumpang (surrogate).
Mimi pun bersetuju walaupun pada awalnya beliau begitu sangsi dengan tawaran tersebut. Menjadikan beliau sebagai ibu tumpang menyebabkan Mimi terpaksa menyorokkan diri daripada pandangan orang tuanya. Beliau telah menumpang dengan kawan baiknya Shama.
Untuk pengetahuan semua Shama adalah penganut agama Islam, tetapi agama berlaianan tidak menghalang mereka menjadi kawan baik dan sentiasa bersama susah dan senang.
Adakah Mimi menggugurkan kandungan. Ataupun teruskan dan hadapi kenyataan untuk melahirkan anak yang tiada sangkut sedikit pun dengan darah dagingnya.
Be the first to leave a review.