Mengisahkan seekor Ladybug yang baru belajar terbang, ketika sedang dalam perjalanan ke sarang, di telah di ganggu oleh seekor lalat. Biasalah anak muda, hati panas, lalu mengejar lalat itu.
Rupanya, ianya hanya perangkap, lalat itu ada geng lain. Lalat telah membuli Ladybug, membuatkan Ladybug terbang untuk larikan diri.
Ketika sedang terbang, Ladybug telah terlanggar batu dan jatuh kedalam lubang. Setelah sedar, Ladybug dapati sayapnya sudah patah dan tidak mampu terbang lagi.
Malam itu, hujan turun. Ladybug mencari perlindungan, dah telah masuk kedalam tin, yang penuh dengan gula kiub.
Esok harinya, setelah bangun Ladybug terkejut, begitu banyak serangga sedang berkerja mengangkut makanan disekeliling tin gula itu. Rupanya, Ladybug berada di atas tikar piknik, dengan penuh makanan.
Sekumpulan semut hitam datang, dan membawa tin gula menuju ke sarang semut. Tidak mengetahui, yang Ladybug sedang bersembunyi didalam.
Tiba di satu batu, mereka sama2 tergolek. Sedang semut hitam mengemas gula yang bertaburan, datang Cicak menyerang mereka. Ladybug berjaya menyelamatkan semut hitam dan berkawan baik dengan Ketua Semut Hitam.
Dalam perjalanan, mereka bertembung dengan sekumpulan Semut Merah, yang ingin merampas tin gula. Walaupun sudah dirasuah, semut merah masih berdegil dan mengikut semut2 hitam untuk menyerang.
Ketika melarikan diri, semua tergolek masuk kedalam air, mujur tin gula mampu terapung dan menjadi sampan untuk mereka.
LadyBug terjatuh dan hampir dimakan ikan toman. Giliran semut hitam untuk selamatkan LadyBug.
Setelah selamat, mereka pun hanyut dan tiba ke tebing, dan meneruskan perjalanan. Tibalah mereka ke sarang semut hitam, yang besar bagai istana. Ketua semut hitam mengenalkan LadyBug kepada Ratu Semut, dan membenarkan Ladybug berteduh di sarang itu.
Keesokkan harinya, beribu2 semut merah telah tiba dan mengepung sarang semut hitam. Pelbagai alatan pertahanan telah semut hitam guna, sehingga yang terakhir.. Mercun Roket.
Masalah timbul, semut hitam hanya ada 1 batang mancis. Ladybug teringat yang ada sekotak mancis di tikar piknik tempat yang mula2 Ladybug berlindung.
ladybug cuba membuka sayapnya, nampak sayapnya sudah tumbuh separuh, Bermulalah perjalanan ladybug, terbang perlahan2 mencari kotak mancis.
Dapatkan Ladybug menyelamatkan koloni semut hitam?
Apakah halangan yang akan Ladybug tempuhi?
Wajib tonton bersama keluarga, movie tanpa dialog dari Perancis ini
Minuscule: Valley of the Lost Ants
.
.
P/s : mmg layan jalan cerita best.. seronok anak2 tgk
kredit: ajakmoviesreview
Be the first to leave a review.