Filem Sepanyol ini bermula pada tahun 1989 dalam ribut elektrik yang berlarutan sepanjang tiga hari.
Malam itu, seorang budak lelaki bernama Nico sedang sibuk membuat rakaman video di biliknya apabila dia dikejutkan oleh bunyi pertengkaran sengit dari rumah jirannya, Angel Prieto.
Nico pergi ke rumah Angel dan terkejut melihat mayat isterinya, Hilda Weiss terbaring di kaki tangga dengan kesan tikaman di tubuhnya. Sejurus kemudian, Angel melangkah keluar dari biliknya memegang sebilah pisau berlumuran darah.
Dalam ketakutan, Nico berlari keluar dari rumah jirannya tetapi tidak dapat mengelak dari dilanggar lori. Angel yang mengejarnya ditangkap sementara Nico menghembuskan nafas terakhirnya.
25 tahun kemudian, sepasang suami isteri, Vera Roy dan David Ortiz bersama anak perempuan mereka, Gloria berpindah masuk ke rumah bekas kediaman keluarga Nico.
Kebetulan pada hari mereka berpindah ke rumah itu, cuaca menjadi buruk dan ribut elektrik yang sama seperti pada tahun 1989 pula bermula.
Mereka menjumpai sebuah televisyen lama, perakam video dan pita-pita video kepunyaan Nico dan mula menonton pita-pita tersebut.
Setelah bertanya kepada jiran mereka, Vera dan David mengetahui kisah tragedi Nico.
Pada malam itu, Vera terjaga dari tidur kerana terdengar televisyen lama itu tiba-tiba hidup.
Vera terkejut melihat Nico di kaca televisyen malah mendapati mereka boleh berkomunikasi secara langsung.
Vera menggunakan kesempatan itu untuk memberi amaran kepada Nico supaya tidak keluar dari rumahnya kerana kemalangan yang bakal meragut nyawanya.
Keesokkan harinya apabila Vera bangun, dia mendapati David dan Gloria sudah tiada kerana perbuatannya yang mengubah kejadian masa lampau juga telah mengubah sejarahnya masa sekarang di mana dia tidak pernah berkahwin dengan David dan melahirkan Gloria.
Bagaimanakah Vera boleh memperolehi keluarganya semula?
kredit: munyawayang
Be the first to leave a review.