Mission Mangal (2019)

Mission Mangal (2019)


Filem ini mengisahkan mengenai usaha para saintis Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India untuk melancarkan Mangalyaan (Kapal Mars) atau Mars Orbiter Mission, kapal satelit peneroka angkasa lepas India yang pertama ke planet Marikh pada tahun 2013.Rakesh Dhawan,

seorang saintis Pertubuhan Penyelidikan Angkasa Lepas India dihantar untuk menyelia misi Mangalyaan yang dianggap sukar untuk dilaksanakan disebabkan peruntukan belanjawan yang tidak memadai.

Rakesh mendapat tahu bahawa misi itu tidak boleh diteruskan kerana Mangalyaan hanya boleh menampung berat sejumlah 1500 kg dan ini tidak mencukupi untuk penggunaan minyak ke Marikh. Ia perlu sekurang-kurangnya dapat menampung 2300 kg.

Penyelesaian kaedah mengoreng puris iaitu sejenis roti India di rumah memberi Tara Shinde, rakan saintis Rakesh idea bagaimana untuk menjimat minyak kapal.

Mereka akan menggunakan letusan gas berkala untuk menolak kapal satelit Mangalyaan sehingga keluar orbit bumi dan guna tarikan daya graviti sfera bumi untuk melanting kapal tersebut ke arah Marikh.

Idea ini tidak disukai oleh ketua pengarah projek Mangalyaan, Rupert Desai, seorang saintis NASA dan sengaja melantik para saintis dan jurutera yang tiada pengalaman untuk membantu Rakesh dan Tara.

Dengan ahli kumpulan yang mempunyai keyakinan diri yang rendah, mampukah Rakesh dan Tara mendorong mereka untuk menjayakan misi tersebut?

kredit: Munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top