MODUS ANOMALI @ RITUAL (2012)

TAJUK: MODUS ANOMALI (2012)
(Tajuk dalam Inggeris: RITUAL)
Genre: #Thriller #Mystery #psychology

“Tersedar dan keluar dari kubur sendiri, isteri yang sarat mengandung dibunuh dengan kejam, anak-anak pula hilang entah ke mana..John menjadi kebingungan dan panik! Berseorangan di dalam hutan tanpa mempunyai sedikit ingatan langsung!”

Filem ini dikatakan salah satu karya TERBAIK yang telah dihasilkan oleh Joko Anwar dan telah meraih “BEST DIRECTOR” di Molins Film Festival pada 2012 dan yang menariknya skrip filem ini menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya.

Filem ini mengfokuskan tentang John Evans yang telah mengalami Amnesia kemudian tersedar selepas ditanam hidup-hidup dan dalam kepanikan dia memulakan pencarian keluarganya yang telah hilang.

Awal-awal babak lagi Joko berjaya membuatkan sis turut kebingungan bersama watak utama yang tiba-tiba terjaga dari kubur dalam keadaan tercunggap-cunggap..ini membuatkan kita sebagai para penonton sudah mula merasa tegang dan resah tanpa mengetahui apakah yang Joko cuba sampaikan kepada para peminat karyanya.

Nahh..inilah yang membuatkan Joko Anwar dikenali sebagai pengarah dan penulis filem-filem bergenre horror thriller terbaik yang negara Asia pernah ada. Kalau di M’sia kita ada Syamsul Yusof, Ahmad Idham dan David Teo.

Berbalik kepada filem ini, misteri disebalik kebangkitan John dari kuburnya pasti membuatkan kita BERFIKIR dan KEBINGUNGAN apakah yang berlaku sebelumnya? Bagaimana dia boleh hilang ingatan dan ditanam? Siapakah yang bunuh isterinya dan ke mana pula anak-anaknya menghilang??

Hanya berbekalkan sekeping kad pengenalan dirinya, John berlari ketakutan seperti dikejar seseorang di dalam hutan akhirnya menemukan sebuah kabin yang sepertinya ada penghuninya.

Di dalam kabin itulah dia menemukan sebuah rakaman video isteri yang sedang sarat mengandung ditikam diperutnya sehingga mati oleh seorang lelaki misteri yang tidak ditunjukkan wajahnya! Namun ketika ini, dia tidak tahu bahawa wanita itu adalah isterinya kerana John sedang mengalami Amnesia.

Menyambung rasa paniknya, John berlari lagi menuju ke dalam hutan dan dia menemukan sekeping gambar isteri dan anak-anaknya yang ditulis “We Love You John” dan ketika itulah baru John sedar wanita yang dibunuh itu adalah isterinya!! Tiba-tiba satu anak busur mengenainya!

Apakah yang berlaku setelah itu? Dapatkah John mendapatkan semula ingatannya dan menemukan anak-anaknya semula?

DAN PERSOALAN YANG PALING PENTING ADALAH..SIAPAKAH DALANG DAN LELAKI MISTERI DALAM VIDEO ITU??

Haa..yang pasti ketika kita turut sama “SAKIT OTAK” bersama John untuk mencari jawapan..kita juga bakal diberikan KEJUTAN yang pasti mengejutkan!

Sub-plot filem ini tidaklah cukup sempurna dan tidak juga mind-blowing walaupun ada plot-twist dan kejutan di akhir filemnya namun ia tetap cukup berbaloi untuk ditonton dan dinikmati terutama jika anda adalah peminat karya Joko Anwar.

 

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top