Stream : Shudder
.
Sebelum layan filem nie aku ada tengok poster dia yang lain tapi tengok macam tak menarik jer.. aku biar kan seperti angin yang berlalu, aku syak nie mesti horror comedy tah pape. Tapi asyik melintas jer kat phone try lah layan.. wah menarik kena dengan selera aku…
Seorang pelajar selalu menjadi mangsa dibuli, untuk menjadikan dia bercampur gaul cikgu nya menggandingkan dia dengan pembulinya untuk komuniti servis. Satu malam tu mereka terserempak dengan dua monsters adik beradik seakan zombie + vampire tengah meratah daging manusia. Mereka telah menculik salah satunya apabila ia dilanggar kereta. Dah culik mereka dera pulak monster tu.. memang hati pembuli betul.
Dengan pelbagai kejadian berlaku si kakak monster mengamuk apabila dia sangkakan adiknya telah mati terbakar disebuah sekolah… Target dia para pelajar di sekolah pembuli tu. Bukan sorang dua dia bunuh tapi pembunuhan beramai ramai terus.
Pada mulanya mesti kita sangka filem ini fokus pada buli sahaja tapi ia tetiba berubah rentak kepada horror, kemudian diperlihatkan kelakuan pembuli yang mana kita akan terpikir manusia ni lebih jahat dari monster.. Monster membunuh dan memakan daging untuk kelangsungan hidup, tapi pembuli membuli untuk kepuasan hati mereka yang mana mangsa nya manusia juga.
Filem nie tak seram tapi ganas sedikit dan boleh layan…
Personal Rating 7/10
kredit: Zakri Zainal
Be the first to leave a review.