Mortal (2020)

Mortal (2020)

Filem yang mengandungi unsur-unsur mitos Norway ini bermula apabila pemuda gelandangan kacukan Norway Amerika bernama Erik tiba-tiba terbangun di hutan Norway.

Khemah yang didirikannya terbakar. Memandangkan ada banyak kesan luka di badannya, dia memutuskan untuk pergi ke kawasan bandar di mana dia memecah masuk ke dalam sebuah klinik untuk mengubati dirinya.

Apabila dia beredar dari klinik, dia diganggu sekumpulan remaja yang tidak suka keadaan comotnya itu.
Ketua kumpulan itu cuba menolaknya ke tanah tetapi suatu perkara tidak diduga berlaku. Dia tiba-tiba seperti terkena renjatan elektrik dan meninggal dunia di situ.

Pihak polis menahannya dan Christine, seorang pakar psikologi ditugaskan untuk menemuduganya.

Dia mendapat tahu yang Erik pernah terlibat di dalam satu kebakaran tiga tahun lalu yang meragut nyawa lima orang penduduk tempatan.

Kedutaan Amerika datang melalui helikopter untuk membawa Erik pulang semula ke Amerika namun dalam perjalanan, Erik menyebabkan helikopter itu terhempas. Selepas menyelamatkan seorang wanita,

Erik melarikan diri mencari Christine yang memutuskan untuk membawanya ke ladang milik kawannya tetapi tiba di sebuah jambatan, mereka dihalang oleh pihak polis yang mendirikan sekatan jalanraya.

Cemas, Erik disambar kilat berkali-kali sehinggalah dia menjadi lemah. Mereka dibawa ke hospital di mana Erik menghidupkan semula seorang kanak-kanak yang baru mati.

Sherif yang merupakan pakar cerita legenda Norway memberitahu mereka setelah Ragnarok iaitu hari kiamat dewa-dewa Norway, anak-anak dewa kilat telah mendirikan petempatan di sebuah ladang yang mana kebetulan berlaku kebakaran misteri tiga tahun sebelum itu.

Mereka bergegas ke gua di bawah ladang tersebut di mana Erik menjumpai senjata dewa kilat Norway tanpa menyedari para pegawai Amerika sudah mengepung ladang tersebut dengan arahan untuk menembak Erik sehingga mati.

munyawayang

Kredit: Colin Munya

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top