MOTHER (2009)

MOTHER (2009)

Buah tangan Bong Joon Ho senantiasa berhujan pujian. Meskipun kali pertama menjulang kejayaan dalam Anugerah Akademi ke-92 menerusi filem Parasite, namun hasil sentuhan beliau sebenarnya telah lama meniti di kaca mata pengkritik perfileman antarabangsa.

Filem Mother (2009) misalnya, antara bukti kejayaan Bong Joon Ho dengan meraih 40 rekod kemenangan dalam pelbagai anugerah berprestij berdasarkan senarai IMDB sama ada dari segi lakon layar terbaik, pelakon terbaik, pengarah terbaik mahupun filem terbaik.

Kekuatan filem ini yang mengangkat nilai kasih sayang seorang ibu cukup memberi kesan yang mencengkam kepada penonton.

Ibu yang tak rela anaknya dicela.
Ibu yang tak rela anaknya dihina.

Kegigihan si ibu melindungi anaknya digambarkan cukup jelas meskipun terpaksa dihimpit dosa.

😱Apa dosa yang sanggup si ibu lakukan?
Ha, klise? Sabar dulu. Filem ini ada lainnya.

Mother (2009) memaparkan kehidupan seorang ibu tua dalam membesarkan anak lelaki yang istimewa. Anak ini cuba menjadi lelaki normal dari segi pemahaman konteks “lelaki sejati”. Mabuk, melepak dan seks sentiasa bermain di mindanya sehinggakan dia sendiri terperangkap dalam kes pembunuhan pelajar perempuan yang pertama kali terjadi di kawasan tersebut.

Biarpun pihak polis yakin dia tidak bersalah, namun dia dengan dangkalnya menurunkan tandatangan dan kononnya mengakui segala kesilapannya 😩. Nah, di sinilah si ibu tua gigih menyiasat sendiri untuk membongkar kes ini. Tambah membingungkan, apabila anaknya lupa apa yang berlaku pada malam pembunuhan itu.

😱Siapakah pembunuh sebenarnya?
Lakonan Won Bin sebagai anak yang lembam wajar dipuji. Berbeza sungguh dengan aksi ganasnya dalam The Man From Nowhere. Dikukuhkan pula dengan Kim Hye Ja sebagai ibu, melayakkannya diangkat sebagai Pelakon Wanita Terbaik Asia!

Seperti biasa, Bong Joon Ho bijak memanipulasi tanda tanya penonton. Dalam filem ini juga, permulaannya sudah menimbulkan tanda soal. Ha, wanita tua menari di tengah lalang? Apa tu?
Maka, naskhah ini wajar diangkat!

Kredit: Fikri Fiq.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top