MULAN (2020)

MULAN (2020)

Adaptasi ringan dengan pengekalan lagu hebat sebagai tanda ingatan terhadap kisah rakyat popular Mulan

Tarikh Tayangan: 4 September 2020

Mulan sebenarnya merupakan kisah rakyat daripada negara China mengisahkan seorang perempuan bernama Hua Mulan yang dipandang sebagai seorang pahlawan hebat selepas mengambil alih tempat ayahnya di medan perang serta menyamar sebagai seorang lelaki. Banyak karya telah mengadaptasi kisah ini di kaca televisyen mahupun filem. Namun yang paling memberikan impak ialah apabila Disney mengeluarkannya dalam bentuk animasi pada tahun 1998. Sejak daripada itu, satu dunia mengenali lagenda Mulan.

MULAN yang juga karya Disney pada tahun 2020 ini dibuat semula berdasarkan filem animasi terdahulu. Sama dengan konsep asal, cerita ini mengisahkan seorang perempuan yang menghadapi cabaran untuk mempertahankan keluarga serta negaranya yang tercinta. Cuma beberapa elemen tidak dibawa dalam bentuk aksi kehidupan sebenar ini seperti watak Mushu, iaitu seekor naga kecil peneman Mulan serta perubahan kepada beberapa watak sampingan.

Jalan cerita yang dihidangkan sangat ringan untuk tatapan seisi keluarga. Filem ini tiada perkembangan watak yang kukuh kerana konflik emosi dan luaran yang dihadapi Mulan tidak ditonjolkan dengan banyak. Ramai pelakon hebat seperti Donnie Yen , Gong Li dan Jet Li membarisi filem ini. Setiap watak seperti watak sokongan dan juga antagonis ditonjolkan sebagai hiasan untuk merencahkan perjalanan cerita. Elemen aksi seni mempertahankan diri dipaparkan sesuai dengan pemaparan seni budaya China. Namun begitu, aksi terhadap struktur klimaks cerita tidak memberikan impak.

Kredit harus diberikan kepada pemilihan lagu runut bunyi untuk filem ini. Walaupun MULAN merupakan filem Disney, karya ini tidak meletakkan elemen muzikal seperti filem puteri Disney yang lain. Muzik yang diselingkan amat bersesuaian dengan penonjolan budaya dan rasa filem ini sendiri. Habis sahaja minit terakhir filem, lagu “Loyal, Brave, True” mencengkam jiwa serta memberikan aspirasi kepada pendengar. Sekali lagi penyanyi hebat Chirstina Aguilera dipertanggungjawabkan untuk membawa lagu utama filem Mulan sama seperti filem animasi sebelum ini. Lagu asal iaitu “Reflection” turut dibawakan dalam versi baharu oleh Christina sendiri.

Filem MULAN menyampaikan mesej positif kepada penonton. Nilai-nilai murni yang diterapkan amat jelas ditunjukkan sama seperti perkataan yang tertera di pedang ayah Mulan. Nilai-nilai tersebut ialah setia, berani dan juga kebenaran. Ketiga-tiga nilai ini menjadi konflik yang dihadapi Mulan. Dia perlu mengekalkan identitinya sendiri sementara bersungguh berlawan dengan musuh untuk mempertahankan keluarga dan negara yang dicintainya.

Di saat peleraian cerita, penonton akan mendapat satu lagi nilai murni yang cuba untuk disampaikan. Secara umumnya, kesemua nilai ini boleh menjadi didikan dan pegangan kepada masyarakat umum.

Walaupun pelbagai kontroversi melanda mengenai filem ini, MULAN menjadi sebuah karya olahan semula yang lebih ringan. Penonton yang pernah mengikuti filem animasi sebelum ini atau adaptasi lain jangan letakkan harapan yang terlalu tinggi. Bagi penonton yang baru mengetahui kisah rakyat ini, anda akan terpesona dengan nilai ceritanya. Sekali lagi Disney seolah-olah ingin mengingatkan kembali karya-karya mereka terdahulu tetapi mengubahnya menjadi satu versi yang lain. MULAN mula ditayangkan di pawagam pada 4 September 2020. Filem ini memang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Rating: 5.5/10
Walt Disney Studios

Kredit: Wasiq Khan

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top