SPOILER ALERT
Ada yang dah tengok filem ni?
Berdasarkan kisah realiti sebenar, pada tahun 2013, seorang wanita dari daerah Chilgok, Gyeongsang Utara, dengan kejam menyeksa anak² tirinya dan memaksa anak tirinya (kakak) untuk mengaku membunuh adik lelakinya sendiri yang mati didera ibu tirinya, kes yang mengejutkan di seluruh negara, mencetuskan perdebatan dan akhirnya menghasilkan undang-undang khas mengenai penderaan kanak-kanak pada tahun berikutnya.
Filem ini mengisahkan Da Bin, budak perempuan berusia 10 tahun yang menjaga adik lelakinya Min Joon yang berusia 7 tahun sejak ibu kandung mereka meninggal dunia, bapak diorang tak boleh harap, tak pedulikan sangat pun anak² nya. Kemudian bapak dia kahwin baru, ibu tiri dia bernama Ji Sook. Da Bin dan Min Joon ikhlas menerima kehadiran “ibu baru”, dan gembira sebab ada figura seorang ibu dalam hidup mereka.
Sementara itu, Jung Yeop seorang peguam yang mencuba nasibnya dengan memohon untuk menjadi peguam dekat firma guaman di Seoul, tapi tak mudah baginya, memandangkan dia datang dari bandar kecil. Sementara menunggu tuahnya kunjung tiba, Jung Yeop mula bekerja di pusat kebajikan kanak-kanak di bandar tempat tinggalnya. Satu hari, Jung Yeop dan rakan sekerjanya pergi ke balai polis dan bertemu dengan Da Bin, yang buat laporan polis sebab ibu tirinya mencekiknya di leher, tapi takde apa yang boleh Jung Yeop tolong sangat pun.
Tak tahu nak buat apa dah, dah takde siapa nak tolong nasib mereka didera, Da Bin dan Min Joon kerap datang ke pusat kebajikan kanak-kanak dan berkawan dengan Jung Yeop. Untuk menunaikan tugas kerjanya, Jung Yeop menghabiskan masa dan tenaga dengan dua orang adik beradik itu. Jung Yeop sedar yang budak-budak tu didera ibu tiri mereka tapi dia takde kuasa dan tak berdaya nak lakukan apa pun nak tolong budak-budak tu.
Secara mengejut, Jung Yeop teruja mendapat berita gembira dari Seoul dimana dia ditawarkan pekerjaan di firma guaman di sana. Tanpa ragu-ragu, Jung Yeop terus ke Seoul dan mula bekerja sebagai peguam yang diimpikan selama ini. Da Bin dan Min Joon masih berharap semoga Jung Yeop akan kembali membantu mereka. Keadaan dua adik beradik itu makin teruk di tangan ibu tiri mereka, Da Bin banyak kali dah hubungi Jung Yeop tapi Jung Yeop abaikan, sehinggalah Jung Yeop terima panggilan yang Da Bin membunuh adik lelakinya, Min Joon. 😭
Sampai kembung perut adik dia kena dera dengan ibu tiri dia 😭😭😭, alasan ibu tiri dia pukul anak² tiri dia sebab nak mengajar, seksa sampai mati tu bukan bagi didikanlah setan!! Ibu tiri dia dapat hukuman penjara 16 tahun (je 😤) sebab mendera sehingga menyebabkan kematian dan ayah kandungnya dihukum penjara 5 tahun sebab mengabaikan anak² nya dan buat tak tahu bila anak² nya didera.
Filem ini perkembangan jalan ceritanya sangatlah perlahan, perlukan masa 1 jam untuk plot penceritaan yang sebenar bermula. Tapi bukanlah bererti ceritanya tak bagus, cuma agak meleret sikit. Selain tu, jalan ceritanya pun senang je nak agak, lagi-lagi kalau dah tengok trailer, dekat trailer je dah boleh tahu keseluruhan jalan cerita.
Walau apa pun, filem pengadilan undang-undang mengenai penderaan kanak-kanak ini sangat emosional dan menyayat hati. Menyakitkan hati bila melihat budak² kecik itu mengalami penderaan fizikal. 2 orang pelakon kanak-kanak dalam filem ini memberikan persembahan lakonan dengan sangat cemerlang, kecik-kecik dah pandai berlakon, dah besar besok jangan menyamar jadi tiang letrik pulak ya, kekalkan momentum lakonan ini ya dik!!
Sedih la. Semoga tiada lagi penderaan dan pembunuhan ke atas anak2 yang tidak berdosa.
Kredit kakimuvee & Kapten Kerul Kerul
ps: Korang rasa cita ni macam mana gaiss??? sila komen di ruangan komen gaiss.
Be the first to leave a review.