Season 1
Drama ni lakonan IU. Mengisahkan seorang pekerja kontrak diminta berkomplot untuk menjatuhkan ketua dia. Orang yang menerima dia masuk bekerja walaupun resume dia ‘kosong’ cuma ada hobi suka berlari.
Dia diterima kerana dianggap sangat simple.
Namun dia memilih sebaliknya kerana bos dia tu satu satunya manusia di dunia yang melihat dia sebagai wanita dan anak muda.
Bos dia ni bukan dekat depan je baik. Tapi kat belakang pun dia sentiasa menghormati orang lain termasuk IU ni tadi.
Dia tahu IU ada sejarah hitam dalam hidup dia namun dia tak pernah mengungkit.
Dia kemudian memutuskan untuk membantu bos dia ni untuk mengelak daripada tuduhan skandal rasuah.
Dari segi flow cerita sangat slow. Dari segi pengalaman binge dengan cerita ni kalau korang bukan jenis marathon 2-3 episod at least, aku rasa cerita ni akan buat korang bosan sikit.
Tapi untuk fans Kdrama yang selalu tengok cerita panjang, rasanya tiada masalah.
Banyak perkara yang dipelajari dari cerita ini. Tak semua orang suka kita walaupun kita cuba sedaya upaya menjadi terbaik.
Drama ini sangat universal isu yang dia bawak. Daripada semangat brotherhood, persahabatan, prinsip hidup, sikap tak mementingkan diri sendiri, intergriti, accountability, kemaafan, saling menerima kelemahan antara satu sama lain dan maaf itu bermakna membiarkan ia berlalu walaupun mustahil untuk melupakannya.
Kredit-Axello Riise
Be the first to leave a review.