“Apabila kemiskinan mengubah seseorang menjadi tamak haloba..”
“MY NAME IS REYA (2021)” merupakan sebuah drama Thailand yang cukup menarik mengfokuskan kisah kehidupan seorang wanita yang bernama REYA, anak kepada orang gaji dirumah agam mewah sebuah keluarga keturunan Cina-Thai yang sangat berpengaruh di Thailand.
Dek kerana tidak ingin dipandang hina dan keinginan untuk merasa hidup mewah, Reya sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai hasratnya.
Reya sanggup menjadi perempuan simpanan, tak cukup dengan itu..dia menjalinkan lagi hubungan sulit dengan lelaki kaya lain..bersilih ganti tidak kira umur, yang penting dapat memberikan apa yang dia hajati!
Sehinggalah satu hari, Reya diperangkap dan ditinggalkan dalam majlis perkahwinannya sendiri apabila pengantin lelaki itu tidak muncul.
Kemudian Reya mendapat tahu yang lelaki tersebut adalah seseorang yang ada kaitan dengan masa silamnya dan membalas dendam terhadap Reya kerana perbuatan Reya yang hampir meruntuhkan rumahtangga orang lain.
Memandangkan Reya adalah seorang wanita yang sangat bercita-cita tinggi dan pantang dicabar..Reya mula menyimpan dendam terhadap keluarga lelaki tersebut.
Maka bermulalah episod kehidupan Reya yang penuh SKANDAL! PENIPUAN! PENGKHIANATAN! Rasa obsesinya terhadap harta dan kekayaan membuatkan Reya buta hati, buta mata, buta akal..tidak lagi dapat membezakan mana yang betul mana yang salah!
Nak tahu apa kesudahannya kisah si Reya ini nanti? Mampukah dia hidup bahagia atau sebaliknya? Silalah layan drama ini jika anda menyukai drama Thai bergenre sedemikian.
Walaupun drama ini cukup dengan plot-plot melodramanya yang agak dramatik..ada mesej dan pengajaran yang kita boleh dapat dari drama ini..
“Sebagai manusia kita haruslah sentiasa bersikap merendah diri tidak kira apapun status dan kelebihan yang kita ada kerana seperti peribahasa ada mengatakan..”Asal sabut terapung, asal besi tenggelam”, yang bermaksud “Jika bernasib baik tentu selamat, jika bernasib malang tentu jatuh.”
Be the first to leave a review.