Siri 10 episod ini bermula dengan seorang perempuan, Yoo Na Bi berjalan dalam cuaca bersalju ke sebuah galeri seni yang sedang menganjur pameran ukiran sambil memegang sejambak mawar merah.
Di dalam galeri itu, Na Bi berhenti untuk menatap patung seorang perempuan diukir dengan air matanya berlinangan.
Ini membawa ingatan Na Bi ke satu masa sewaktu dia menjadi pelajar seni tahun empat jabatan ukiran di universiti. Sewaktu itu, dia bercinta dengan seorang pelajar jurusan yang sama tetapi lebih senior darinya.
Namun, lelaki tersebut bersikap terlalu mengawal dan kritikal terhadap Na Bi walaupun Na Bi cuba menyesuaikan diri mengikut kehendak teman lelakinya.
Tetapi percintaan mereka tidak lama kerana Na Bi mendapati teman lelakinya CURANG kepadanya.
Pada suatu malam, semasa Na Bi sedang minum seorang diri di bar, dia disapa oleh seorang pemuda yang menyangkakan Na Bi ialah temu janjinya.
Apabila menyedari kesilapannya, pemuda itu membatalkan temu janjinya dan sebaliknya, menemani Na Bi sepanjang malam tanpa memperkenalkan namanya.
Dalam perbualan mereka, Na Bi mendedahkan mengapa beliau kelihatan sedih serta rancangannya untuk mengikuti program pertukaran pelajar universitinya agar dia meninggalkan Korea.
Sebelum pemuda itu meninggalkannya, dia melukis seekor rama-rama di tangan Na Bi sebagai tanda ingatan seperti tatu serangga di lehernya.
Beberapa hari kemudian, Na Bi dijemput untuk menghadiri makan malam bersama rakan-rakan kelasnya.
Di situ, dia bertemu semula dengan pemuda dari bar yang memperkenalkan dirinya sebagai Park Jae Eon, pelajar seni tahun dua dalam jurusan yang sama sepertinya.
kredit: munyawayang
Be the first to leave a review.