New Trial (2017)

(Berdasarkan Kisah Jenayah Sebenar)

β€œ10 tahun dahulu, dia mengaku bersalah atas jenayah yang tidak dilakukannya. Setelah 10 tahun berlalu, dia kembali bangkit dan menuntut keadilan!”
Filem bertajuk “𝐍𝐄𝐖 π“π‘πˆπ€π‹ (πŸπŸŽπŸπŸ•)” ini yang pernah menjadi salah satu kes paling kontroversi di Korea Selatan adalah berdasarkan kisah jenayah sebenar yang berlaku pada 10 Ogos tahun 2000 dimana seorang remaja berumur 15 tahun yang bernama Hyun-woo (lakonan Kang Ha-neul) telah dituduh atas pembunuhan seorang pemandu teksi.

Mengikut situasi sebenar, Hyun-woo merupakan saksi kejadian pembunuhan tersebut. Oleh kerana kelemahan, kecatatan dan kekerasan sistem perundangan ketika itu, Hyun-woo disoal siasat bertubiΒ² dan dipaksa untuk mengaku atas kesalahan tersebut agar kes ini dapat ditutup dengan segera.
Akibat depresi, Hyun-woo terpaksa mengaku dan akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara selama 10 tahun! Sungguh kasihan Hyun-woo!!
Setelah 10 tahun berlalu..

Hyun-woo dibebaskan namun kerana trauma dia selalu memencilkan diri akibat rasa tertekan sehinggalah suatu hari dia berjumpa dengan Joon-young (lakonan Jung-woo) seorang peguam yang ketika itu sedang diulit dengan masalah hutang.

Apa yang menariknya, mulaΒ² peguam ini berniat kurang baik. Peguam ini menerima kes Hyun-woo sebagai batu loncatan dan demi kepentingannya sendiri.
Namun..semakin dia siasat dan buka semula failΒ² lama kes milik Hyun-woo, dia merasa ada sesuatu kejanggalan dan ada yang tidak kena dengan kes ini.
Dari situlah sifat kemanusiaan dia kembali dan dia ikhlas serta nekad untuk membantu Hyun-woo menuntut keadilan.

Dapatkah Hyun-woo dah Joon-young memenangi kes ini? Dan apakah kejanggalan dan konspirasi disebalik kejadian ini semua? Siapakah pembunuh sebenar pemandu teksi itu??

Sedih dan kasihan sangat babak yang Hyun-woo disoal siasat, habis dia disepak terajang agar Hyun-woo akur dan mengaku salah😒..tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata. Pasti dia mengigil ketakutan walhal bukan salah dia…memang emosi teruk melayankan watakΒ² detektif yang jahat dan tak berhati perut itu semua!
Filem ini berjaya diolah dan diadaptasi dengan begitu baik sekali, jalan ceritanya memang gempak dan menarik kerana melibatkan banyak plot-twist sepanjang filem ni. Ditambah pula babak-babak dalam mahkamah, babak ketika mereka bersama mencari pembunuh sebenarnya. Dari segi lakonan pula..haihhh..πŸ‘πŸ‘πŸ‘tak perlu dipertikaikan lagilah!

Bagi sesiapa yang minat genre penyiasatan jenayah dan thriler dari kisah benar seperti ini dan belum tonton lagi, tolong cari ok! Memang tak akan menyesal punya!
Maaf sis tidak dapat berkongsi.

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top