Ninja Assassin (2009)

Ninja Assassin (2009)

Filem ini menampilkan selebriti terkenal Korea, Rain sebagai watak utama dalam filem aksi Hollywood.

Raizo, seorang ninja puak Ozunu diarahkan untuk bertemu dengan ahli-ahli yang lain di bumbung sebuah bangunan tinggi di Berlin, Jerman setelah selesai membunuh seorang ketua pengganas.

Di situ, gurunya, Ozunu mengarahkan Raizo untuk membunuh seorang kunoichi, ninja perempuan yang cuba melarikan diri dari puak mereka tapi Raizo enggan kerana perempuan itu mengingatkannya kepada teman wanitanya, Kiriko, juga seorang kunoichi yang telah dibunuh kerana sebab yang sama semasa mereka sama-sama belajar seni ninja dahulu.

Raizo mengkelar muka gurunya dan bertarung dengan ahli-ahli puak yang lain. Kerana bilangan mereka yang ramai, Raizo yang cedera parah melarikan diri dengan melompat dan terjun dari bangunan tersebut ke dalam laut.

Setelah pulih, Raizo menghabiskan beberapa tahun untuk menghalang ninja-ninja puak gurunya dari membunuh sasaran-sasaran mereka yang kebanyakannya terdiri daripada ahli politik dan orang kenamaan sementara mengelak daripada dijejak mereka.

kredit: munyawayang
{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top