NOBODY KNOWS (2004)

Tiada siapa tahu.

  1. Kisahnya pasal empat anak malang Akira, Kyoko, Shigeru dan Yuki. Mereka ni adik beradik yang kesemuanya berlainan bapa. Mak dia pelacur ke? Bukan.
  2. Filem dibuka dengan babak Akira dan mak berpindah masuk ke sebuah rumah flat kecil. Mereka bawa dua beg bagasi besar yang dalamnya ada Shigeru dan Yuki.
  3. Kyoko pula datang senyap-senyap pada waktu malam dari stesen keretapi.
  4. Jadinya di sini kita faham bahawa budak-budak ni tinggal di situ tanpa pengetahuan tuan rumah. Tuan rumah hanya tahu pasal Akira dan si mak.
  5. Mereka semua tak bersekolah mahupun tadika. Kelihatannya seperti Akira seorang saja yang pernah bersekolah dulu. Sebab dia pandai mengira.
  6. Namun kini, kehidupan mereka semua hanya terkurung di dalam rumah yang kecil itu.
  7. Si mak ni, tak tahulah otaknya shot karen dekat mana tapi dia ni jenis suka tinggalkan anak-anak dia berhari-hari.
  8. Akira selaku anak sulung lah yang kena galas tanggungjawab untuk masak dan uruskan hal-hal rumah.
  9. Perangai buruk mak dia ni semakin menjadi-jadi sampai lah ke tahap dia tak balik langsung dah.
  10. Awal-awal adalah duit dikirim. Lepas tu dah takda..kirim salam pun takda dah. Maka tinggallah anak-anak ini survive sendiri sehari demi sehari.
  11. Akira ni, walaupun dia nampak macam matang. Pandai masak, pandai menghitung bajet untuk kasi makan adik-adik. Tapi kita jangan lupa yang kot mana pun dia cuma seorang budak.
  12. Budak-budak perlukan pantauan orang dewasa. Mereka perlukan orang untuk tegur dan perbetul perbuatan mereka.
  13. Bila takda yang tegur, itu yang Akira bantai main game dengan kawan-kawan sampai ke malam. Rumah dah macam tongkang pecah takda yang nak kemaskan. Dah semua dalam tu pun budak-budak.
  14. Budak-budak akalnya pendek.
  15. Tapi lama kelamaan dah takda yang boleh diharap, Akira nak taknak kena panjangkan akal dia jugak.
  16. Duit yang masih berbaki tak boleh lagi disia-siakan. Adik-adik dah tak ketahuan jadinya. Cukuplah sembunyi selama ini. Mereka perlu ikhtiar untuk hidup.
  17. Kenapa Akira tak mintak pertolongan jiran-jiran ? Aku tak tahu. Kenapa jiran-jiran juga seakan tak ambil peduli ? Aku tak tahu. Tiada siapa tahu !
  18. Setelah bekalan air dan eletrik dipotong, sewa juga tertunggak, kenapa mereka masih menetap di situ tanpa dihalau oleh tuan rumah ? Tak tahu.
  19. Aku sendiri pun hairan. Terlalu banyak persoalan. Agaknya sifat individualistik masyarakat Jepun sangat tebal.
  20. Sekiranya perkara ini berlaku di Malaysia aku yakin kebarangkalian untuk kejadian seperti ini terjadi agak tipis kerana rakyat negara ni sangat suka jaga tepi kain orang. Termasuklah aku.
  21. Jiran pergi bercuti aku tahu. Jiran beli keta saga baru, ehh keta belum dapat lagi aku dah tahu dah. Software bawang makcik sentiasa updated tau.
  22. Belum lagi aku sebut pasal anak jiran bawak balik awek senyap-senyap.. hmm
  23. Tapi sekadar tahu je lah. Takdalah aku nak canang sana sini. Ingat aku mami jarum ke. Barang kemas pun besar bulu hidung je.
  24. Perangai busybody ni sebenarnya ada baiknya jugak. Terutamanya bila jiran ditimpa musibah. Waktu ini la kita kena main peranan.
  25. Tapi anehnya budaya Jepun yang ditunjukkan dalam ni. Budak-budak ni bukan saja sendirian dalam rumah, malah dalam masyarakat juga. Tindakan diambil bila dah terlalu lewat.
  26. “Alahh cerita je pun takyah la pikir sangat..”
    Filem ni inspirasi daripada kisah benar nyah. Korang boleh gugel kes Sugamo Case 1988.
  27. Yang lagi palatnya tu, kes sebenar lebih tragis.
  28. Nobody knows apa yang budak-budak ni lalui hari demi hari. Kenapa sistem kemasyarakatan gagal waktu itu. Kenapa si mak begitu selfish. Kenapa tak boleh duduk rumah ramai-ramai. Anak luar nikah memang tak boleh sekolah ke. Banyak lagi persoalan yang ada.
  29. Nobody knows apa jawapannya. 😭

credit to Nur Hela

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}

Share


(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

 

 

Scroll to Top