Siri 10 episod ini menceritakan mengenai Victoria atau Vic McQueen yang tinggal di Haverhill, Massachusetts dan kemurungan kerana ibubapanya bakal melalui perceraian.
Pada tahun 1986, Vic mendapati bahawa dia mempunyai kebolehan luarbiasa untuk mencari objek yang hilang dengan menunggang basikalnya melalui jambatan mistik yang dipanggilnya Shorter Way Bridge.
Jambatan tersebut selalu memimpinnya ke kedudukan objek yang dicarinya namun setiap kali Vic menggunakan cara ini, perjalanan tersebut akan membuat dirinya tersangat lesu.
Pada suatu hari, secara tidak sengaja jambatan tersebut telah membawanya ke sebuah perpustakaan di Iowa di mana dia bertemu dengan Margaret atau Maggie Leigh, seorang pustakawan yang mempunyai kebolehan menilik objek yang hilang sama seperti Vic tetapi dia menggunakan kepingan huruf permainan Scrabble untuk mengeja kedudukan objek tersebut.
Dia memberi amaran mengenai The Wraith, seorang penculik bernama Charlie Manx yang mengembara di seluruh Amerika dalam kereta Rolls-Royce model 1938 Wraith melarikan kanak-kanak agar beliau boleh menggunakan roh mereka untuk kekal hidup lama.
Maggie memberitahu Vic mengenai Charlie kerana dia memerlukan bantuannya untuk mencari dan menyelamat Danny, rakan karib Maggie.
Maggie percaya Charlie menyimpan kanak-kanak yang diculiknya di sebuah alam parallel yang dipanggilnya Christmasland sebagai santapan bila rohnya mula berkurangan.
Siri ini yang terdiri daripada dua musim dipadankan daripada novel hasil karya Joe Hill, anak Stephen King.
kredit: munyawayang
Be the first to leave a review.