11 tahun lalu, Kaylie dan Timothy ‘Tim’ hidup bahagia bersama ibu bapanya. Bapanya Russell, seorang jurutera perisian membeli sebuah rumah dan sebuah cermin antik disebuah lelongan. Cermin antik yang bernama Lesser Glass Mirror digantung di “home office” Russell.
Sesuatu yang aneh mula menyelubungi rumah mereka. Entah bagaimana pokok-pokok bunga di dalam rumah yang ditanam ibunya, Marie menjadi kekeringan sedangkan selalu disiram. Anjing mereka tiba-tiba hilang setelah dikunci ibunya di pejabat Russell. Kaylie pernah melihat seorang wanita asing didalam pejabat bapanya. Russell tidak membenarkan sesiapa pun masuk ke pejabatnya. Marie mengesyaki yang Russell curang, masuk kedalam pejabat untuk mencari bukti kecurangannya.Tetapi, Marie dirasuk sesuatu yang akhirnya menyebabkan dia menjadi gila dan mula cuba membunuh Kaylie dan Timothy.
Russell mengurung Marie, mengikat lehernya seperti seekor anjing. Russell kemudian mengurung dirinya di pejabat sambil duduk merenung cermin antik tersebut. Kedua anaknya diabaikan dan dia melarang mereka keluar dari rumah. Kaylie cuba menghubungi doktor atau polis melalui telefon, tetapi tidak berjaya seolah-olah talian disekat oleh sesuatu.
Pada suatu malam itu, kejadian sedih berlaku apabila Marie dan Russell mati ditembak. Pihak polis memberkas Tim dan menghantarnya ke hospital mental..manakala Kaylie dihantar ke rumah anak yatim. Kedua adik beradik ini terpisah selama 11 tahun.
Tim dibebaskan dari Pusat Rawatan Mental pada usianya 21 tahun, dan Kaylie sudah bekerja sebagai pegawai di Pusat Lelongan Barangan Antik. Kaylie nekad melakukan eksperimen untuk membuktikan kejadian 11 tahun yang lalu adalah disebabkan aktiviti paranormal yang diakibatkan oleh cermin antik tersebut. Melalui kajiannya, dia mendapati cermin yang bernama Lesser Glass itu merupakan perumah kepada iblis yang membawa kepada kematian 45 orang pemiliknya selama 4 abad.
Untuk itu, Kaylie membawa cermin itu semula ke rumah lama mereka. Dengan peralatan saintifik, mereka mula merakam tindakbalas dari cermin itu. Maka, kejadian ngeri pada malam 11 tahun lalu itu berulang kembali…
Filem ini bergenre psikologi + horror + thriller. Banyak elemen ‘flash back’ digunakan. Dari segi darjah keseraman tu, boleh tahan juga. Tiba-tiba nampak hantu tepi pintu, pastu hilang. Paling best, tak perlu bergelap nak tunjuk hantu. Tak sakit mata nak fokus.
Babai
Be the first to leave a review.