Diinspirasikan daripada kisah benar – seorang gadis muda berusia 20 tahun bernama Julie Dillon, telah ditembak sebanyak 3 kali oleh bekas teman lelakinya, dan dibiarkan mati perlahan-lahan di dalam hutan.
Julie Dillon, gadis manis yang pintar dan disayangi ramai. Dia tinggal bersama ibunya di sebuah pekan kecil. Sementara menunggu tawaran ke kolej, dia bekerja “part time” disebuah restoran milik sepupunya, Tommy. Dia jatuh cinta dengan seorang anggota polis yang baru sahaja bertukar ke pekan itu iaitu David Barragon….percintaan yang akhirnya membawa musibah ke dalam hidup Julie.
Masa mula bercinta, semuanya manis. Tapi sekejap saja, David mula bertindak mengongkong Julie. Dia akan ‘call’, kalau Julie tidak menjawab, dia akan cari sampai jumpa. Dia mula mengawal dengan siapa Julie harus berkawan. Dan paling menakutkan, dia mula menghendap Julie, sampai masuk dalam rumah, mulai mengugut dengan senjata. Julie dan ibunya mengadu kepada Chief Stephen (Ketua Balai) meminta supaya David berhenti mengganggu Julie.
Tapi, David buat bodoh saja, dengan muka selenge masih buat kacau, sehinggakan Julie jadi trauma. David mengucapkan cintanya berkali-kali, katanya..”If I don’t have you, nobody will”. Pada suatu hari, Julie nekad mencari seorang gadis bernama Alicia, ex girlfriend David yang kononnya pernah membuat David menderita . David mengekori Julie, melanggar keretanya, menculik, menembak dan membiarkan dia mati perlahan-lahan di dalam hutan.
Insiden ini diambil dari kisah yang berlaku kepada Laura Kucera, pada tahun 1995. Dia terselamat, dan pelakunya telah ditangkap dan dipenjarakan seumur hidup.
Be the first to leave a review.