Only the Brave (2017)

Only the Brave (2017)

BERDASARKAN KISAH BENAR

Sebuah filem biografi Amerika yang berdasarkan kejadian sebenar kebakaran hutan di Yarnell, Arizona pada 28 Jun 2013 yang telah berlangsung selama 2 hari dan meragut 19 nyawa dikalangan ahli bomba yang terlibat dalam misi menyelamat itu.

Dalam filem ini, kita akan disajikan dengan kisah kehidupan hero-hero yang terlibat bersama keluarga dan masyarakat mereka sebelum terjadinya kebakaran tersebut, dan betapa dedikasi, komited dan pengorbanan pasukan bomba tersebut terhadap pekerjaan yang penuh risiko dan bahaya itu.

Kisah tragis dan memberi inspirasi ini bermula apabila satu kebakaran yang amat dasyat dan besar telah berlaku di hutan Yarnell Hill, Arizona pada Jun 2013 akibat disambar kilat dan petir.

Satu pasukan bomba yang terdiri daripada 20 orang ahli yang digelar “Granite Mountain Hotshots” telah ditugaskan untuk menjalani misi memadam dan menyelamat. Namun disebabkan kondisi cuaca ketika itu, menyebabkan api makin cepat merebak dan menyemarak dengan begitu besar sekali. Sungguh diluar kawalan mereka ketika itu.

Yang akhirnya selepas bertungkus lumus selama 2 hari, keganasan api tersebut telah mengheret 19 nyawa ahli Granite Mountain Hotshots ke dalam api tersebut, terbakar dan rentung.

Kagum dengan paparan sinematografi dan kesan visual ketika kebakaran berlaku, ia cukup berhasil menunjukkan kita betapa MAHA DAHSYATNYA bencana alam tersebut. IT BASED ON REAL EVENT, boleh anda bayangkan situasi mereka ketika berdepan dan dikelilingi oleh api gergasi tersebut?

Pembawakan setiap karakter dalam kisah ini juga penuh emosi, kita akan dapat melihat betapa kuatkan semangat dan hubungan persahabatan antara mereka. Kisah yang sangat EPIK DAN EMOTIONAL!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top