OPEN 24 HOURS (2018)

Mary, seorang gadis muda yang memperolehi parol mendapat kerja sebagai pembantu jualan di sebuah stesen minyak. Mary ni pernah ditangkap dan dihukum penjara atas kesalahan membakar teman lelakinya, James. Begitulah nasib buruk Mary, apabila James yang dicintai sebenarnya seorang “psychopath” dan pembunuh bersiri. James mengurung Mary dan memaksanya melihat dia mendera dan memb*n*h mangsanya yang terdiri dari gadis-gadis muda. Apabila mendapat peluang, terus dia membakar James hidup-hidup. James selamat dari maut, dan dihumban ke penjara kemudiannya. Mary mendapat parol kerana membantu polis menumpaskan James.

Mary ditawarkan bekerja pada shift malam dari pukul 10 malam hingga 6 pagi ( mat saleh panggil graveyard shift) di Deer Gas Market, yang terletak di tengah lebuhraya. Rakan baiknya Debbie sudi membantunya menghantar dan mengambilnya apabila pulang dari kerja. Masalahnya Mary ni asyik ternampak-nampak saja kelibat James di mana-mana. Paranoid dan delusi, sehingga dia terpaksa mengambil ubat penenang.

Kisah yang berlaku dalam 1 malam, lokasi di Deer Gas Market. Mary jadi takut apabila pegawai parolnya datang melawatnya memberitahu James lolos dari penjara, dan meminta dia sentiasa berwaspada. Betulkah kelibat James yang dia nampak sentiasa memunculkan diri membuatnya resah?. Namun segalanya terhurai apabila seorang demi seorang ditemui mati…”You Love To Watch!”.

Filem ini penuh ketegangan, suspen dan mendebarkan, yang digarap dengan begitu kemas serta lakonan yang cukup baik. Plot yang begitu tersusun, dan yang paling penting tak serabut kepala ni sewaktu menontonnya. Jujur, memang 👍.

Babai 👋
#makcikreview
#open24hours

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top