Filem Perancis ini bermula dengan seorang perempuan yang terjaga di dalam suatu ruang empat segi teknologi tinggi tanpa sebarang ingatan.
Membebaskan dirinya daripada balutan serta tiub-tiub yang disambungkan kepada tubuhnya, dia berkomunikasi dengan sistem komputer pengendali ruang sempit itu yang memperkenalkan dirinya sebagai MILO atau Medical Interface Liaison Operator.
Milo menerangkan bahawa beliau berada di dalam sebuah unit cryogenic perubatan yang dinamakan Omicron.
Disebabkan dia terjaga, bekalan oksigen di dalam unit tersebut hanya mampu bertahan selama lebih kurang 90 minit sebelum dia lemas.
Dengan mengatur setiap soalannya dengan teliti, perempuan itu mendapat tahu bahawa namanya ialah Liz dan beliau merupakan seorang doktor genetik.
Dia juga mempunyai seorang suami bernama Leo.
Dengan masa yang semakin singkat, dapatkah Liz melepaskan dirinya dari unit tersebut sebelum bekalan oksigennya habis?
kredit: colin monya
Be the first to leave a review.