Pacific Rim: The Black (2021)

Pacific Rim The Black (2021)

Siri kesinambungan dari dunia Pacific Rim ini terdiri dari tujuh episod memakan masa 30 minit setiap satu.
.
.
Ia mengisahkan mengenai benua Australia yang ditakluki oleh kaiju-kaiju gergasi sehingga menyebabkan Pan Pacific Defense Corp tidak berupaya lagi untuk memberi tentangan dengan angkatan robot gergasi Jaeger mereka menyebabkan benua tersebut digelar The Black.
.
Kebanyakan penduduk Australia dipindah keluar manakala mana yang tidak sempat diselamatkan diarah untuk mencari perlindungan di bandar Brisbane, Perth, Darwin atau Sydney.
.
.
Suami isteri Ford dan Brina Travis memindahkan anak-anak mereka, Hayley dan abangnya, Taylor berserta rakan-rakan sekolah rendah mereka dalam bas sekolah dengan menggunakan Jaeger mereka, Hunter Vertigo ke suatu tempat terpencil di pedalaman Australia yang mempunyai tumbuh-tumbuhan tanaman dan sumber air semulajadi sebelum meninggalkan mereka untuk mendapat bantuan.
.
.
Setelah lima tahun berlalu dan tanpa tanda-tanda ibubapa mereka akan kembali, Taylor mula putus harapan tetapi Hayley tidak mahu menerima hakikat tersebut dan bertolak untuk mencari ibubapa mereka sendiri.
.
.
Namun belum sempat dia beredar jauh, Hayley terjatuh ke dalam lubang bawah tanah dan menjumpai pengkalan bawah tanah Shadow Base di mana dia mendapati sebuah Jaeger yang telah dinyah-aktifkan.
.
.
Hayley membawa Taylor ke tempat tersebut dan berjaya menghidupkan program panduan untuk Jaeger tersebut bernama Loa.
Loa memberitahu mereka bahawa Jaeger tersebut yang bernama Atlas Destroyer ialah Jaeger latihan untuk kadet-kadet baru dan telah dilucutkan sistem senjata pertahanan diri.
.
.
Apabila mereka menghidupkan Jaegar tersebut, bunyi deruman sonik yang dihasilkan oleh Atlas Destroyer menarik perhatian seekor kaiju gergasi spesies Copperhead.

Disebabkan Jaegar memerlukan dua pemandu, Taylor yang pernah menerima latihan memandu Jaeger terpaksa melangsungkan pautan neural dengan adiknya untuk mempertahankan petempatan mereka dari serangan Copperhead yang bakal mendatang.
Kredit Collin Munya


Ps: lepas komen cari admin dekat chats giass
☺️☺️☺️

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top