PARADISE (2023)
**🔞TIDAK SESUAI TONTONAN UMUM!**
Sebuah filem dari Jerman yang menawarkan plot jalan cerita menarik serta sedikit saspens. Membuatkan kita berfikir apa yang akan kita lakukan jika diberi pilihan untuk memperbaiki kehidupan kita.
Jika anda berumur 18, anda boleh mula menjual usia anda tetapi akan kelihatan 20 tahun lebih tua kerana syarikat bioteknolgi ini akan membayar sejumlah duit bernilai 2 dekad umur anda bagi membiayai kehidupan impian mereka (Golongan elit termasuklah orang-orang penting dalam bidang sains dan politik, yang boleh menyumbang kepakaran dan kuasa mereka untuk jangka masa lama).
Satu golongan lagi yang telah kelihatan berusia mungkin dalam lingkungan 50-60 tahun atas, akan menerima dan membeli usia yang dijual kepada mereka melalui satu proses rawatan bioteknologi pemindahan DNA daripada penderma yang serasi.
Plot:
Max (Kostja Ullmann) dan Elena (Marlene Tanzcik). Pasangan suami isteri yang bermula dengan kehidupan yang agak sempurna. Max bekerja di syarikat bioteknologi AEON yang mencipta DNA baru manusia dengan membeli dan menjual ia.
Kerana satu insiden, apartment impian mereka terbakar dan tidak dilindungi insurans. Malah tanpa pengetahuan Max, Elena telah mencagarkan usianya sebanyak 40 tahun sebagai”cagaran” pinjaman rumah mereka. Alangkah terkejutnya Max!!
Jelas sekali, ini bakal merosakkan masa depan mereka bersama kerana banyak lagi impian yang mereka ingin kecapi bersama! Akhirnya Elena ditangkap dan dibawa pergi ke AEON.
Max mencuba segala-galanya untuk mendapatkan kembali usia Elena yang hilang. Namun dia harus berdepan dengan pelbagai halangan. Mampukah Max memyelamatkan isterinya??
Ada plot twist mengejutkan dihujung filem!
Be the first to leave a review.