Aksi!aksi!aksi…wow, 2 jam ++ tayangan, memang full with action. Ini kisah “spy spy” ala James Bond 007. Peminat Shah Rukh Khan wajib tonton filem ni, dengar-dengar kutipan Box Office worldwide US Dollar 130 million 🤩…
Kisah seorang spy bernama Pathaan yang ditugaskan untuk menghalang satu konspirasi oleh pengganas kontrak upahan iaitu Outfix X. Outfix X ni diketuai oleh Jim (John Abraham), jahat gila dia ni…mengumpulkan bekas-bekas agen terbaik dunia macam CIA, KGB termasuklah si Rubina (Deepika). Diorang ni buat kerja berdasarkan kontrak. Bukan ideologi, “nothing personal just business” sebab tu jahatnya lain macam.
Pathaan ni telah mencadangkan penubuhan satu organisasi khas yang mengumpulkan bekas-bekas tentera diberi nama JOCR. Kiranya organisasi ni memang elit, diketuai oleh Madam Grewal (Dimple Kapadia). Kes bermula apabila ada rancangan penculikan 2 saintis tersohor dari India di Dubai (scene Jim tarik tali pada 2 helikopter dan ikat pada lori )…
Motif – hanya kod RAKTBEEJ saja yang berlegar-legar di dark web milik Outfix X. Jadi untuk cari apa itu RAKTBEEJ, Pathaan kena lah siasat, dah nama pun spy kan…
Melampau banyak scene aksi, makcik bagi hint aksi yang bikin korang terkejung sekejap – aksi bawak helikopter dalam gudang, aksi Tiger (Salman Khan – thank you very much dear) dan Pathaan dalam keretapi, aksi naik motor atas lautan ais & aksi berlawan dalam rumah tepi bukit sampai rumah tu jadi senget nak masuk gaung.
Ada scene yang not original juga…babak Pathaan dalam penjara dilawati oleh Madam. Scene tu ada dalam movie James Bond Die Another Day. Dan kalau kita tengok watak Madam tu sama fungsi macam watak M dalam James Bond.
Jangan tanya makcik pasal rating…makcik tak pandai bab merating ni. Agak-agak kalau gantikan Shah Rukh dengan Ajay Devgan atau Akshay Kumar box office ke tak filem ni?
Ok…done into the scene…tengok jangan tak tengok weiii, penat makcik buat review. Pukul 3 pagi baru tidur kau…
Be the first to leave a review.