Haii semua!
Pernah tengok tak filem misteri thriller dari Korea selatan ni?
Movie Yang diadaptasi dari novel jepun bertajuk the Devotion of Suspect X. Terdapat juga versi filem dari jepun bertajuk Suspect X, dan lagi satu versi yang boleh tahan adalah versi tamil bertajuk Kolaigaran(my favourite).. Dan beberapa versi dalam bahasa lain juga.
Kisah mengenai Seorang guru matematik yang pintar, yang membantu jirannya menyembunyikan satu kes pembunuhan.
Jiran itu telah membunuh bekas suaminya.
Cikgu matematik ini menghulurkan bantuan dengan menghapuskan bukti, membuang mayat, mencipta alibi untuk si pembunuh.
Kenapa kah dia membantu jiran ini?
Akan tertangkap kah mereka?
Seorang anggota polis yang amat dedikasi menyiasat kes ini.
Seterusnya babak-babak cemas si pesalah menutup jejak dan mengaburi mata pihak berkuasa.
Pandai
Licik
Sepandai tupai melompat, jatuh ke mana kah ia?
PERFECT NUMBER
8/10
Be the first to leave a review.