“Gara-gara IPHONE! Dia memalsukan kematian sendiri sehingga nyawa menjadi taruhan di bilik mayat!”
Chloe (Bailee Madison) seorang gadis remaja yang dari keluarga bermasalah harus melalui saat-saat paling menakutkan dalam hidupnya apabila dia terpaksa berhadapan dengan kejadian yang lebih teruk daripada kematian sebenar!
.
Kerana desakan hidup, adiknya T.J (Anthony Turpel) dan bekas kekasih Chloe, Ross (Chris Lee) membuat perancangan untuk merompak tanpa pengetahuan Chloe tetapi nasih malang menimpa mereka berdua apabila Ross ditembak mati ketika sedang melakukan rompakan, T.J juga cedera tertembak tetapi berjaya melepaskan diri.
.
Nahh..satu-satunya bukti yang boleh menyabitkan kesalahan T.J pula tertinggal bersama mayat Ross..yakni..IPHONE!!
“You plan a robbery on a FVCK!NG IPHONE?!!”, kata Chloe kepada adiknya dengan wajah terkejut!
.
Dipendekkan cerita, kerana kasihnya seorang kakak kepada adiknya…Chloe sanggup buat apa sahaja untuk menyelamatkan adiknya itu telah mendapat idea untuk masuk ke dalam bilik mayat dengan merancang memalsukan kematiannya sendiri.
.
Rancangannya berjaya! Tapi bagaimana? Haa ini sis tak nak spoiler ya! Kena tonton cara dia memalsukan kematiannya.
Ehh..tapi cerita tak habis lagi..bukan mudah untuk Chloe mencari mayat dan Iphone bekas kekasihnya itu kerana ada “sesuatu” yang sedang “menantinya” di dalam bilik mayat itu guys!!
.
Fuhh!!! Bahagian ini memang SUSPENS!!!
Apa yang “menantinya”??
.
Jawapannya..kenalah tonton sebab itu adalah bahagian klimaks dan plot-twist yang tidak dijangka langsung! Dan maaf ya guys sistur tak dapat kongsi l!nk filemnya kerana peraturan group. Google je taip “PLAY DEAD (2022) FULL MOVIE”, pasti jumpa😉
Review:
Nampak filem ini macam kualiti Gred B tetapi kerana lakonan dan “chemistry” yang terbina diantara kesemua watak-watak sepanjang cerita menjadikan ia filem yang seronok ditonton!
.
Paling penting perasaan teruja ingin tahu apa yang bakal terjadi kepada Chloe setelah berada dalam bilik mayat tu!
Semua gara-gara IPHONE la ni! Haizz..
.
Dari segi susunan plot cerita tidaklah sempurna tetapi alur kisahnya memang menarik untuk ditonton hingga tamat!
Sis beri rating 7.5/10
.
(Lain orang tak tahulah sebab masing-masing ada pendapat/citarasa berbeza, yang penting kita patut raikan perbezaan itu tanpa menyinggung perasaan sesiapapun! Haa giteww)
Be the first to leave a review.