- Filem ni antara kegemaran aku jugak tapi entah kenapa aku tak tulis. Lagipun orang lain dah tulis dah dan pendapat aku pun lebih kurang saja.
- Kisahnya pasal Cassie, seorang wanita umur 30an yang merupakan dropout dari kolej medikal.
- Cassie cuma kerja di kedai kopi (yang mana bagi aku takda masalah pun) tapi tidak di mata ibu bapa Cassie. Sepatutnya Cassie jadi doktor tapi takdir tidak menyebelahinya.
- Kawan baik Cassie bernama Nina dipekose sewaktu mereka di kolej. Yang lebih menyedihkan, tiada justice buat Nina. Hal ni menyebabkan Nina langsung membunuh diri.
- Eh dah kenapa bunyi aku macam alur cerita ni.
- Rentetan kematian Nina itulah yang membuatkan Cassie patah hati teruk. Boleh kata dia mengalami trauma, anxiety dan sebagainya.
- Cassie ‘evolved’ menjadi seorang pembenci lelaki. Tiap malam Cassie akan berpura-pura mabuk di kelab malam untuk mengumpan lelaki ‘acah-acah suci’.
- Apa maksud lelaki acah-acah suci ni? Maksudnya lelaki yang awalnya nampak gentleman. Tanya kat Cassie perlukan bantuan tak ? Nak saya hantar ke rumah tak ?
- Tapi selalunya bukan hantar balik pun, diorang akan bawa Cassie ke rumah diorang pastu cuba nak ehem masa Cassie masih mabuk.
- Consent apa pun tak mintak. Sebab apa ? Sebab Cassie mabuk. Benda ni la yang selalu wanita sana kena.
- Asal mabuk je, kira on. Mabuk je, on. Itu salah bro. Cuba bayang kalau kau mabuk, pastu ada lelaki gay ganyang kau malam tu. Agak-agak kau bangun pagi esok rasa apa? Nak report polis ? Polis kata sapa suruh kau gatal mabuk.. agak-agak rasa apa pulak pastu?
- Mabuk bukan tiket untuk consent percuma. Melainkan korang berdua mabuk dan dua-dua tak sedar. Kalau salah sorang saja yang tak sedar, ia dikira pekose. R O G O L.
- Cassie mengisi waktu malam dia menjadi ‘vigilante’ feminist. Dia tak dapat apa pun. Nak ubah pemikiran lelaki ? Dapat lah kot ubah seketul dua jantan. Yang lagi beribu-ribu tu ?
- Bagi aku ini hanyalah protes Cassie terhadap apa yang jadi kat Nina dulu. Perang Cassie melawan jantan taguna.
- Semua ni bakal berubah bila Cassie berjumpa dengan kawan kolej lama dan bunga-bunga cinta kian memekar.
- Namun sayang, hujan ku sangka sampai ke malam, rupanya panas di tengah hari. Eh
- Korang tengoklah sendiri. Penamatnya yang amat mengejutkan. Agak kecewa, namun aku setuju bila rakan ku Busty Tsunade berkata kalau endingnya tak dibuat begitu, filem ni takkan jadi memorable!
- Idea yang menarik saja tidak cukup, perlu ada sesuatu untuk diambil sebagai mercu tanda. Dan mercu tanda filem ini ialah penamatnya.
๐
Kredit: https://www.facebook.com/nurhelastfu
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}