PROMISING YOUNG WOMAN (2020)

PROMISING YOUNG WOMAN (2020)
  1. Filem ni antara kegemaran aku jugak tapi entah kenapa aku tak tulis. Lagipun orang lain dah tulis dah dan pendapat aku pun lebih kurang saja.
  2. Kisahnya pasal Cassie, seorang wanita umur 30an yang merupakan dropout dari kolej medikal.
  3. Cassie cuma kerja di kedai kopi (yang mana bagi aku takda masalah pun) tapi tidak di mata ibu bapa Cassie. Sepatutnya Cassie jadi doktor tapi takdir tidak menyebelahinya.
  4. Kawan baik Cassie bernama Nina dipekose sewaktu mereka di kolej. Yang lebih menyedihkan, tiada justice buat Nina. Hal ni menyebabkan Nina langsung membunuh diri.
  5. Eh dah kenapa bunyi aku macam alur cerita ni.
  6. Rentetan kematian Nina itulah yang membuatkan Cassie patah hati teruk. Boleh kata dia mengalami trauma, anxiety dan sebagainya.
  7. Cassie ‘evolved’ menjadi seorang pembenci lelaki. Tiap malam Cassie akan berpura-pura mabuk di kelab malam untuk mengumpan lelaki ‘acah-acah suci’.
  8. Apa maksud lelaki acah-acah suci ni? Maksudnya lelaki yang awalnya nampak gentleman. Tanya kat Cassie perlukan bantuan tak ? Nak saya hantar ke rumah tak ?
  9. Tapi selalunya bukan hantar balik pun, diorang akan bawa Cassie ke rumah diorang pastu cuba nak ehem masa Cassie masih mabuk.
  10. Consent apa pun tak mintak. Sebab apa ? Sebab Cassie mabuk. Benda ni la yang selalu wanita sana kena.
  11. Asal mabuk je, kira on. Mabuk je, on. Itu salah bro. Cuba bayang kalau kau mabuk, pastu ada lelaki gay ganyang kau malam tu. Agak-agak kau bangun pagi esok rasa apa? Nak report polis ? Polis kata sapa suruh kau gatal mabuk.. agak-agak rasa apa pulak pastu?
  12. Mabuk bukan tiket untuk consent percuma. Melainkan korang berdua mabuk dan dua-dua tak sedar. Kalau salah sorang saja yang tak sedar, ia dikira pekose. R O G O L.
  13. Cassie mengisi waktu malam dia menjadi ‘vigilante’ feminist. Dia tak dapat apa pun. Nak ubah pemikiran lelaki ? Dapat lah kot ubah seketul dua jantan. Yang lagi beribu-ribu tu ?
  14. Bagi aku ini hanyalah protes Cassie terhadap apa yang jadi kat Nina dulu. Perang Cassie melawan jantan taguna.
  15. Semua ni bakal berubah bila Cassie berjumpa dengan kawan kolej lama dan bunga-bunga cinta kian memekar.
  16. Namun sayang, hujan ku sangka sampai ke malam, rupanya panas di tengah hari. Eh
  17. Korang tengoklah sendiri. Penamatnya yang amat mengejutkan. Agak kecewa, namun aku setuju bila rakan ku Busty Tsunade berkata kalau endingnya tak dibuat begitu, filem ni takkan jadi memorable!
  18. Idea yang menarik saja tidak cukup, perlu ada sesuatu untuk diambil sebagai mercu tanda. Dan mercu tanda filem ini ialah penamatnya.
    💜

Kredit: https://www.facebook.com/nurhelastfu

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top