Filem berbentuk ‘found footage’ ni mengisahkan sekumpulan budak-budak separuh empuk yang kemaruk nak glamour dengan mencari hantu. 3 orang remaja Amar, Rizal dan Dani menubuhkan group paranormal Puaka X dengan tagline KASI REDAH. Motif diorang nak downgrade mana-mana group paranormal yang kononnya buat video pembohong tentang kewujudan hantu.
Jadi diorang ni ada peralatan canggih untuk merakam hantu, channel youtub* sendiri dan pakej mulut yang lagi puaka dari puaka. Selesai merakam di 2 buah lokasi yang dikatakan paling seram di Kuala Lumpur iaitu di Banglo Taman Tenaga dan Apartment Riviera II – yang mana dibuktikan oleh mereka tak ada hantu pun…mereka menerima email dari seseorang bernama Anonymous tentang Balai Polis Gombak.
Balai Polis Gombak antara port paranormal yang paling angker mengikut e-mail si Anonymous tu, dan dia mencabar Puaka X membuat liputan disana…. agak-agak berjaya tak mereka jumpa hantu disitu?
Beware what you are asking for..
Be the first to leave a review.