Louis (Mammootty), seorang pengkritik filem sambilan dan peguam penceraian, mengahwini Vasukhi (Nayanthara), seorang penari tarian klasik. Kehidupan mereka bahagia dan dikurniakan seorang anak perempuan bernama Chinta…
Namun, satu tragedi malang menimpa Vasukhi. Dia telah dir*g*ol oleh 3 orang lelaki ketika berada di atas teres apartmentnya. Menyedihkan, 2 dari lelaki tersebut adalah jirannya yang dianggap seperti adik sendiri, manakala seorang lagi adalah tukang seterika pakaian dimana dia sering menggunakan khidmatnya.
Hidup Vasukhi mula bergolak. Dia merasa terlalu marah, kecewa, terluka…layanannya terhadap Louis semakin dingin. Mahu buat laporan kepada polis, dia malu. Dia terasa ingin membunuh diri, namun separuh dari hatinya enggan – sepatutnya mereka yang membuatnya menderita itu mati.
Pada suatu hari, selesai satu persembahan tarian klasik, dia menemui Jeena Bhai – seorang Pesuruhjaya Polis wanita yang baru dipindahkan disitu. Dia memberikan kad namanya kepada Louis untuk urusan guaman. Vasukhi mengambil nombor telefon Jeena diam-diam, dan menghubunginya. Dia meminta pandangan Jeena tentang kejadian yang menimpanya.
Jeena mengajarnya penyelesaian yang memeranjatkan. Dia menyuruh Vasukhi menghapuskan satu persatu per*g*lnya. Rancangan diatur dengan teliti. Segalanya dilakukan berdasarkan arahan dari telefon sahaja. Setelah selesai ketiganya m*ti, Vasukhi diminta membuang kad sim tersebut, dan berjanji untuk tidak menghubunginya lagi…
Keadaan mula menjadi stabil semula. Vasukhi memulakan hidup baru yang bahagia setelah Louis mengajaknya berpindah keluar dari apartmen tersebut. Namun, ada sesuatu rahsia yang tidak Vasukhi ketahui tersimpan rapat oleh Louis.
Ending yang sangat tidak dijangkakan..
{{ reviewsOverall }} / 10
Users
(0 votes)
Rating0
What people say...
Login to rate
Show more
Order by:
Be the first to leave a review.
{{ pageNumber+1 }}