R2B – Return To Base (2012)

R2B - Return to Base (2012)

Filem perang Korean yg plotnya 70% di udara, 30% di darat.. filem yg mesti tonton oleh peminat genre war movie..

Mengisahkan seorang pilot yg melakukan aksi daredevil dlm sebuah pertunjukan udara dan telah di keluarkan dari team black eagle yg terhebat di Korea selatan, dia telah dipindahkan ke team yg agak terkebelakang, semasa melakukan penerbangan latihan pesawat mereka dipintas oleh jet MiG29 dari Korea utara..

Peristiwa tersebut mendapat bantahan dari pegawai tentera Korea utara dan akibat dari percampuran politik yg korup, satu rampasan kuasa telah terjadi di Korea utara menyebabkan pegawai pemerintah yg baru telah melancarkan serangan ke Korea selatan dan melancarkan peluru nuklear ke USA kerana campurtangan USA terhadap kemelut politik Korea utara dan selatan..

Korea selatan membalas serangan ke kubu Korea utara disamping misi SAR terhadap seorang co-pilot Korea selatan yg terjatuh dlm kawasan Korea utara semasa jetnya meletop yg mengorbankan pilotnya yg cuba elakkan jetnya dari jatuh di penempatan awam..

Bermulalah pertembungan antara jet F-15K vs MiG29 dan lain2 aset canggih tentera Korea selatan dan scene jet2 yg kejar mengejar dan tembakkan dlm bandaraya Seoul yg agak mencemaskan..

Cerita yg menerapkan semangat setia negara, setia perintah, setia kawan, setia keluarga dan setia kasih.. Apa2 pun anda dilarang utk menonton filem ini menerusi telefon bimbit anda kerana kepuasannya cuma ditahap 10% sahaja… Tonton melalui flatTV dan dipasang home-theater… Filem akan lebih memberi kepuasan maksima, sound peperangan yg tidak diganggu dgn background muzik menjadikan gegaran yg lebih terimpak…

Soar Into The Sun

Kredit: Conan Qursany

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top