RADIUS (2017)

RADIUS (2017)

Aku terjumpa filem Kanada ni sewaktu berjalan-jalan di IMDB. Saat ternampak poster dan terbaca sinopsis, ehhh.. Lazat! Tanpa bantuan trailer (takut spoiler), aku gigih tonton. Dan yeah. Aku suka!

Bayangkan kau terbangun daripada kemalangan, kau tak ingat langsung siapa diri kau sebenarnya. Tiba-tiba kau tengok ramai orang mati disebabkan kau! Apa kejadahnya

Nah, begitulah idea yang filem ini bawa. Pada mulanya aku merasakan ini filem sci-fi. Tapi, waktu muncul plot twist, okay.. Ini bukan sci-fi biasa. Hahahahahaha.. Aku tak jangka langsung! Filem ni bijak mengalih tumpuan aku yang sejenis suka mencari klu kalau menonton. Ternyata menonton filem ni, aku TERalih perhatian. 😭
Mari baca sinopsis.

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang terbangun daripada kemalangan. Saat dia ingin mendapatkan bantuan, dia lihat mayat bergelimpangan dalam keadaan mata yang putih. Maka, dia gigih menutup separuh mukanya kerana menyangkakan udara tercemar!

Rupa-rupanya dia silap! Semua ini terjadi disebabkan dia! Ya, dia dikurniakan kuasa yang dia sendiri tak nak! Kuasa yang menyebabkan kematian kepada makhluk hidup yang menghampirinya! Macam mana dia boleh dapat kuasa tu KAU KENA TONTON!

Bagi mengelakkan kematian orang lain lagi, maka dia mengasingkan diri dan hidup dalam keadaan tertekan. 😭

Namun, kedatangan seorang wanita misteri mula membuatkan Liam keluar daripada masalah ini. Istimewanya wanita itu ialah, dia tidak mati meskipun dekat dengan Liam. Wow, macam mana boleh jadi macam tu KAU KENA TONTON!

Lebih memeranjatkan, wanita itu mengatakan bahawa dia ada dengan Liam pada malam kemalangan tu terjadi!
Nahhh.. Misteri apa lagi ni 😱

Berbekalkan petunjuk yang ada, mereka cuba menyelongkar satu demi satu misteri hidup mereka berdua yang akhirnya.. Membawa kepada satu kejutan! Aku serius tak sangka macam tu rupanya! Aiyoooooo..
Persoalannya..

😱Apa kaitan di sebalik kemalangan, wanita misteri dan kebolehan Liam
Dan..

😱Siapakah diri Liam yang sebenarnya
Bagi aku filem ni agak slow burn juga. Tapi, disebabkan aku nak tahu apa jadi. Aku gigih tonton. Lagipun filem ni tak lama sangat. Lebih kurang 1 jam 30 minit.

Dari segi idea, kebanyakan review yang aku baca, mereka suka idea filem ini kerana sesuatu yang segar bagi mereka.. Dan ya, aku setuju!

Maka, silalah tonton!

Sumber imej TeaserTrailer

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top