Siri 6 episod ini mengisahkan mengenai Magne Seier, seorang pelajar sekolah menengah yang berpindah ke Edda, bandar kelahirannya di daerah Hordaland yang terletak di Norway Barat bersama adik lelakinya, Laurits dan ibu mereka, Turid.
Mereka berhijrah ke Edda kerana Turid mendapat tawaran kerja dengan sebuah syarikat korporat bernama Jutul Industries yang dimiliki oleh keluarga Jutul iaitu keluarga kelima terkaya di Norway.
Dalam perjalanan melalui kereta ke rumah baru mereka, keluarga Magne bertemu dengan seorang lelaki tua memakai tampalan mata. Apabila Magne keluar membantunya seorang wanita tua muncul dan memuji sikap Magne yang baik hati dan menyentuh dahi Magne.
Ini membuat Magne merasa hairan tetapi dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu.
Di sekolah barunya, Magne menghadapi masalah pembelajaran akibat dislexia dan ini menyebabkan dia sukar untuk menyesuaikan diri.
Di kelas, dia mendapat bantuan daripada seorang pelajar perempuan bernama Isolde yang disisih oleh pelajar-pelajar lain kerana dituduh seorang singsong.
.
Dalam pada itu, Magne mendapati bahawa dia mula menunjukkan kekuatan luarbiasa serta tidak perlu menggunakan cermin matanya lagi untuk membaca. Dia juga dapat meramal cuaca yang menjadi semakin buruk semenjak kebolehan-kebolehan aneh ini muncul dalam dirinya.
Apa yang sedang berlaku kepada Magne sebenarnya dan apakah kaitannya dengan mitos dunia kiamat Norse?
Kredit Collin Munya
Be the first to leave a review.