Rahsia (2023)

RAHSIA (2023)

Rahsia membongkar sejarah silam sebuah keluarga. Ramlah (Nabila Huda) pulang bercuti ke rumah ayahnya, Tan Sri Karim (Eman Manan) bersama suami, Hamdan (Fikry Ibrahim) dan 2 orang anak mereka, Marina dan Saiful.

Sejak berada di rumah ayahnya, Ramlah dan anak-anaknya diganggu oleh lembaga misteri yang menggerunkan.

Melalui lembaga misteri itu, satu persatu “Rahsia” yang Ramlah cuba bongkarkan.

Apakah “Rahsia” yang tersembunyi dirumah Tan Sri Karim itu?

ULASAN

Bakat serta penghayatan lakonam Nabila Huda sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi.

Detik-detik seram diselangi dengan entah berapa kali “JUMPSCARES”, ditambah dengan runut bunyi dan latarbelakang suram sememangnya memberikan satu helah yang cukup menarik. Min pun sempat beberapa kali “terlompat” dari tempat duduk panggung sebenarnya!

Jika anda menikmati filem seram klasik yang dilakonkan oleh Noor Kumalasari dahulu, filem ini masih menarik untuk ditonton TETAPI rendahkan jangkaan korang kerana ia pasti memberi impak dan pengalaman menonton yang berbeza. Itu je min nak pesan.

Apapun, dari persembahan keseluruhan filem reboot “RAHSIA” ini, filem ini merupakan salah satu filem seram terbaik Malaysia selepas Munafik, Khurafat, Jangan pandang Belakang, Pontianak Harum Sundal Malam dan Al-Hijab..bagi min lah..lain orang lain citarasanya tak giteww??

Lain dari itu..biarlah ia menjadi “RAHSIA” antara min dan Nabila Huda, korang kenalah saksikan sendiri ya!

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top