Recalled (2021)

Recalled (2021)

Filem korea selatan genre mystery thriller ini bermula dengan Soo-jinn sedar dari koma & berada dalam keadaan amnesia kerana terlibat dalam satu kemalangan. Suaminya, Ji-hoon yang berada di sisi menerangkan apa yang berlaku & cuba menenangkan Soo-jinn.

Apabila Soo-jinn keluar dari hospital, dia menyedari dirinya dapat melihat masa depan malang seseorang individu apabila dia menghampiri individu tersebut. Namun begitu, segala usaha Soo-jinn untuk menyelamatkan keadaan tidak berjaya.

Dia cuba menerangkan kepada Ji-hoon mengenai kebolehannya yang luar biasa tetapi Ji-hoon menganggap itu hanyalah halusinasi Soo-jinn yang dalam proses penyembuhan.

Semakin lama Soo-jinn cuba mengingati latarbelakang kehidupannya, dia mengesyaki Ji-hoon menyembunyikan sesuatu daripadanya. Dalam proses Soo-jinn mencari klu, alangkah terkejutnya apabila mendapati Ji-hoon tidak seperti yang disangka. Soo-jin cuba menghubungi pihak polis tetapi polis tidak mempercayainya kerana ketidakukuhan maklumat & keadaan Soo-jin yang masih dalam amnesia.

Soo-jin meneruskan pemerhatiannya & akhirnya terbongkar bahawa Ji-hoon adalah seorang…

Filem ini mempunyai plot twist yang baik. Semestinya klimaks filem ini adalah di luar jangkaan.

Kepada peminat Seo Yea-ji, semestinya filem ini untuk anda.

7/10 🌟 🌟 🌟

Ps: adeke peminat Seo Yea-Ji kat sini geng???

https://www.youtube.com/watch?v=KO3gWA44XIo

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top