RETURN TO SENDER (2015)

Miranda Wells seorang jururawat di bahagian pembedahan yang bercita-cita untuk mencapai tahap tertinggi dalam kerjayanya. Dia juga dalam persediaan untuk membeli rumah idamannya. Sahabatnya mengatur satu “blind date”, maklumlah Miranda seorang yang komited dengan kerjaya sehingga tiada teman lelaki. Namun, pada hari yang sepatutnya pertemuan berlaku, Miranda telah dir*g*l oleh seorang lelaki bernama William Finn di dalam rumahnya sendiri.

Dia bukan sahaja dir*g*l, tetapi turut dipukul dengan teruk. Paling menyedihkan, Miranda turut kehilangan keupayaan pada tangan kanannya sehingga dia tidak mampu lagi memegang pisau bedah. Usahanya untuk membeli rumah idamannya juga terbantut. Dia benar-benar trauma dan marah.

Si pelaku telah ditangkap polis dan dipenjarakan. Miranda mula mengubahsuai rumahnya. Pada suatu hari dia menulis surat dan mengeposnya kepada William di penjara. Setiap hari, surat dihantar, tetapi dipulangkan semula kepada Miranda dengan cop “Return to Sender”. Entah bagaimana, akhirnya surat Miranda berbalas…

Hanya beberapa patah perkataan yang Miranda tuliskan dalam suratnya…SAYA INGIN BERTEMU DENGAN ANDA… William membalas semula, dan selepas dari itu setiap hari Miranda melawatnya dipenjara. William meminta maaf berkali-kali, dan berharap mereka boleh berkawan apabila dia dibebaskan kelak…

William..William ohhhh William….banyak cantik muka kau. Dalam diam Miranda telah mempersiapkan satu rancangan teliti untuk membalas dendam.

Again..don’t play-play with angry women.

Babai 👋

#makcikreview

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User AvatarUser Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top