Pengarah : Mamat Khalid.
Sekarang sibuk orang bercerita pasal industri Muzik Rock kan, apa kata korang layan movie masterpice ni, memang best gile, teringat zaman kecik-kecik dulu era 80an.
Watak dan Pelakon
Sebelum ditayangkan, aura filem Rock Oo! Rimba Bara Kembali ini sangat kuat kerana hampir semua pelakon-pelakon asalnya dikekalkan. Jika ada pelakon yang berubah, pasti penonton akan merasa perbezaannya. Walaubagaimanapun, bagi saya, walaupun para pelakonnya berjaya dikekalkan, kekuatan watak pada setiap pelakon ada sedikit goyah.
Contohnya watak Amy Mat Piah yang dilakonkan oleh Que Haidhar, terasa lain. Ada sedikit perbezaan walaupun tak nampak ketara. Kekuatan filem ini watak Amy Mat Piah diangkat menjadi watak utama berbanding filem Rock yang terdahulu.
Watak killer dan berjaya dikekalkan moodnya adalah watak Jijoe lakonan Khir Rahman. Gaya, watak, intunasi percakapan, wibawa, kepimpinan dan caranya sangat bertanaga. Pelakon-pelakon lain berjaya melakonkan watak mereka sama dengan filem Rock, filem ini dilihat kuat dan bertenaga.
.
merupakan kesinambungan filem Rock yang mengisahkan tentang perjuangan rockers kampung iaitu Rimba Bara yang bersemangat teguh untuk kembali menempa nama di arena muzik tempatan selepas gagal diterima sebagai kumpulan muzik rock pada filem terdahulu.
Di dalam Rock Oo, filem ini membawa para penonton kedalam perjalanan kumpulan Rimba Bara selepas memenangi Battle of the Bands dan menjadi popular. Filem pertama mengisahkan tentang perjuangan mencipta nama, filem kedua pula mengisahkan tentang usaha mereka membawa Rimba Bara ke arah yang lebih besar.
Untuk pengetahuan, filem Rock Oo telah menggabungkan seorang lagi watak iaitu Slash Haji Tapah dalam kumpulan Rimba Bara sebagai seorang gitaris yang sangat berbakat, dilakonkan oleh Pekin Ibrahim.
Tetapi mampukah mereka melakukannya? Adakah dengan kehadiran Zul Kapan dari kumpulan Malaikat Maut mampu memberikan perubahan? Atau mungkin Slash Haji Tapah akan memberikan satu keunikan pada mereka? Bagaimanakah pula watak Amy akan menghidupkan semula Rimba Bara selepas dibuang dari kumpulan?
Sekali lagi, pengarah tersohor tempatan berjaya membawa para penonton menyelami dunia rock pada lewat 80an dengan pengisian yang padat dan sejarah zaman rock di Malaysia itu sendiri.
Amy Mat Piah merupakan seorang yang berpegang kepada prinsip pantang anak petani moden mengaku kalah berhajat untuk menyatukan kembali kumpulan Rimba Bara dengan memujuk Jijo, Slash Haji Tapah dan Mi Black kembali dalam kumpulan rock mereka. Walaupun Amy sedar dia tidak mampu untuk menjadi vokalis kumpulan Rimba Bara namun disebabkan jiwanya memang dekat dengan muzik rock maka dia cuba melakukan yang terbaik. Pelbagai dugaan yang terpaksa ditempuhi mereka sebelum akhirnya kumpulan Rimba Bara berjaya menempa nama di arena muzik tempatan.
Sebagai bekas vokalis yang telah dibuang dari kumpulan,di sinilah Amy memainkan peranannya. Jika sebelum ini dia telah disingkirkan, namun dia kembali semula walaupun dengan menagih simpati selepas Zul Kapan telah berpaling tadah dan kembali kepada kumpulan lamanya, Malaikat Maut. Berbekalkan kesungguhan dan semangat seorang rockers, Amy cuba memujuk bekas ahli kumpulannya. Dia hampir berjaya memujuk mereka kembali, namun, kehadiran Zul Kapan semula untuk menjadi vokalis Rimba Bara telah meragut usahanya.
Selain daripada itu, Slash Haji Tapah, seorang gitaris yang berbakat, sanggup mengenepikan kekasihnya demi impian untuk menjadi seorang pemuzik rock berjaya bersama Rimba Bara. Ingin saya tekankan, demi cita-cita, Slash sanggup menghalau kekasihnya yang dicintai. Namun, pernahkah anda dengar, disebalik kejayaan seorang lelaki adanya seorang wanita?
Tak perlu disangkali lagi, saya sendiri kagum dengan Mamat Khalid kerana berjaya mengalihkan perhatian penonton dari dunia moden. Samada anda sedar atau tidak, filem Rock Oo tidak sedikit pun menunjukkan bahawa filem itu dilakonkan pada zaman moden. Apa yang dapat dilihat hanyalah suasana Malaysia pada zaman 80an dengan fesyen dan kenderaan-kenderaan lama.
Kalau ditanya pada Awie (Wings), Mus (May), Amy (Search), Awang (BPR) dan mana-mana penyanyi rock yang pernah melalui zaman rock dulu, saya pasti mereka semua pernah melalui pengalaman yang sama. Ditipu pengurus, dikelilingi alkohol, dan juga dadah. Bukanlah hendak menuduh, tapi itulah kenyataannya dimana pemuzik rock sering dikaitkan dengan gejala-gejala tidak bermoral sebegini sehingga mendorong pihak kerajaan menggam segala imej rock didalam media kerajaan.
Sekali lagi, unsur-unsur pengajaran telah diselitkan Mamat Khalid dimana kumpulan Rimba Bara langsung tidak menyentuh bahan-bahan terlarang dan turut menyokong usaha kerajaan dengan memotong rambut panjang demi membersihkan imej rockers. Rimba Bara juga telah membuktikan, dengan usaha dan kerjasama bersama ahli, tidak ada yang mustahil dan mereka mampu berjaya.
Disebalik pengajaran yang diberikan melalui filem ini, unsur-unsur lawak jenaka turut diselitkan dan filem ini sememangnya tidak membuatkan saya kering gusi. Ada saja babak-babak lucu dan setiap watak mempunyai kekuatan masing-masing. Mamat Khalid berjaya menyeimbangkan lakonan setiap watak dengan jayanya.
Ingin saya tekankan, filem ini adalah sebuah filem yang berbaloi untuk ditonton. Selepas sekian lama saya rasa industri kekurangan satu bahan yang sangat bernilai, inilah satu lagi karya yang saya yakin, jika ditonton 3 kali pun, anda tidak akan rasa rugi.
Oh ya, lupa ingin saya katakan, kami pasti anda meminati lagu-lagu seperti Cintamu Mekar Di Hati, Dari Kacamata & Sendiri (May), Meniti Titian Usang, Rozana & Pawana (Search), Ku Di Halaman Rindu (Lefthanded), Tika Dan Saat Ini (Medicine), Sejuta Wajah, Teratai (Sweet Charity), Untukmu Sayang (Febian), Misteri Mimpi Syakila & Intanku Kesepian (Wings), Srikandi Cintaku (Bloodshed) serta Suci Dalam Debu (Iklim).
Filem sequel ini lebih banyak menggunakan muzik dan lagu untuk membina mood dan suasana dalam kebanyakan situasi. Kebanyakkan babak dimasukkan lagu-lagu yang bersesuaian.
Bila lagu retro dimainkan, korang akan terasa macam sedang mendengar radio Sinar fm depan tv.. heheheheh.
Ps: Bila mula-mula sekali korang layan movie ni gaisss??? Admin layan dekat pawagam korang layan kat mana???
Be the first to leave a review.