RV: RESURRECTED VICTIMS (2017)

RV - RESURRECTED VICTIMS (2017)

HI gaisssss semua, nak share review filem dari korea.. bergenre misteri jenayah…tpi ada bercampur dengan fantasi skit. iaitu org mati hidup balik.. tp plot best yer👏

**Resurrected Victims ini – Mangsa bunuh yang telah mati dikenali sebagai RV, hidup semula dan tiba – tiba muncul di dunia ini untuk membalas dendam dan membunuh pembunuh mereka yang terlepas dari hukuman. Selepas selesai menghukum dan membunuh pembunuh mereka, RV ini atau Resurrected Victims ini akan lenyap semula., 😱

7 tahun yang lalu, Seo Jin Hong telah melihat ibunya dibunuh di depan matanya ketika berlakunya satu rompakan di situ. Suatu hari, secara tiba – tiba ibunya muncul semula di rumahnya mengejutkan semua pihak.

Keadaan mula huru – hara bila ibu Seo Jin Hong itu cuba membunuh anaknya sendiri . Namun cubaan ibunya itu gagal kerana ada ramai yang menghalang, Seo Jin Hong mula keliru tentang sebab ibunya ingin membunuh dirinya, pihak polis juga cuba menyiasat Seo Jin Hong juga, kalau Seo Jin Hong ada kaitan dengan pembunuhan ibunya itu. 🧐

Scene ketika ibunya cuba membunuh anaknya sendiri itu memang agak mengelirukan dan berjaya buatkan penonton tertanya – tanya sebab ibunya bertindak sedemikian, sekaligus menjadikan Seo Jin Hong itu adalah suspek.. 🧐🤔

Filem ni bercampur dengan tema Drama juga. hubungan antra ibu dan anak. plot twist dia mmng best la..dan ending dia sedih gilerr..🥺 taknak spoiler byk2 .. sape tak tengok lagi. g la tengok k✌️✌️8/10

{{ reviewsOverall }} / 10 Users (0 votes)
Rating0
What people say... Login to rate
Order by:

Be the first to leave a review.

User Avatar User Avatar
Verified
{{{ review.rating_title }}}
{{{review.rating_comment | nl2br}}}

This review has no replies yet.

Avatar
Show more
Show more
{{ pageNumber+1 }}
Scroll to Top